
Bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau dikenali
dengan nama Fiza Halim, 32 sah menjadi isteri kepada penyanyi kelahiran Akademi
Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30 pada jam 10.30 pagi
tadi bertempat di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam dengan mas
kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap.
Pasangan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling,
Suhaimi Ahmad Wakid dan majlis dimulakan dengan khutbah nikah oleh Suhaimi.
Pasangan ini yang mengenakan putih ini turut kelihatan sepadan bagai pinang
dibelah dua.
Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Fiza dan perkahiwinan pertama bagi Adam
selepas Fiza pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.
Kami mendoakan agar kedua-dua mempelai ini bahagia hingga ke akhir hayat
& berikut beberapa keping gambar di sekitar majlis pernikahan yang serba
ringkas ini. Enjoice!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan