Isnin, 20 Jun 2022
Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan - ppt download
Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan - ppt download: PP 5 TAHUN 2009 Tujuan Memperkemas dan memantapkan peraturan Pengurusan Stor Kerajaan Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Pengawal Mengemukakan Laporan Tahunan ke Perbendaharaan sebelum 15 Mac tahun berikutnya Laporan Kedudukan Stok (Kew.PS-13) Laporan Pemeriksaan/Verifikasi Stor (Kew.PS-14) Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor (Kew.PS-15) Laporan Tahunan Verifikasi Stor (Kew.PS-16) Laporan Tahunan Pelupusan Stok (Kew.PS-20) Laporan Tahunan Kehilangan Dan Hapus Kira Stok (Kew.PS-22) Taklimat Stor - PPWPP 26 Sept 2011
Ahad, 10 Mac 2019
Khamis, 8 Februari 2018
Ahad, 17 April 2016
Jawatan baru, kerja baru, tempat baru..
Salam semua,
Rasanya sudah lama saya tidak online sejak bertukar tempat kerja baru dan jawatan baru ni. Maklumlah tempat kerja baru ni jauh sikit dari tempat kerja lama. Saya bertukar jawatan @ naik pangkat mulai 8 November 2015. Sudah 5 bulan rasanya.
Setiap hari saya berulang 80 km pergi dan balik. Dulu pukul 5.30 petang dah sampai kat rumah. Ni pukul 6.00 baru sampai kat rumah. Sian anak - anak n hubby. Tapi, insyaallah jika ada rezeki saya akan dapat juga bertukar ke Kuala Kangsar. Dah mohon, dalam proses kelulusan. Doakan saya ye.
Rutin harian saya juga dah berubah. Masa untuk berimaginasi @ mengarang novel pun dah semakin suntuk. Kerja baru ni memang tak sama macam saya jadi PT dulu. Semua kerja pentadbiran, kewangan, aset, perolehan dan satu pusat ni di bawah tanggungjawab saya. Aduh, pening sungguh.
Apapun, semua itu rezeki dari Allah. Saya akan cuba memberikan yang terbaik dan berkhidmat untuk negara.

Selasa, 30 Jun 2015
Ambil result Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 3 orang anak teruna saya
Salam Ramadhan yang ke 14 semua. Pagi ni saya masuk lewat sikit ke ofis. Hubby minta tolong pergi sekolah anak - anak untuk ambil result periksa mereka. Ikutkan hubby yang pergi sebab sekolahnya dekat je dengan sekolah anak - anak. Ofis saya jauh juga dari rumah, tapi tak adalah jauh sangat, 15 minit je. Tapi disebabkan hubby demam mengejut hari ni, terpaksa juga saya pergi demi anak - anak tercinta.
First, ke Sekolah Menengah Simpang Beluru ambil result Ahmad Hilman, Form 1 Omega. Resultnya tak berapa bagus sebab dia banyak main sebelum periksa. Takpe lepas ni saya dah pasang strategi untuk dia. Depan cikgu Jamaliah, guru kelasnya saya dah inform. Perangainya baik sebab dia ketua kelasnya, kenalah baik.
Kedua, ke kelas abangnya pula, Ahmad Hazmi kelas 2 RK @ 2 Excel. Kelas budak pandai ni. Resultnya bagus cuma ada pengurangan subjek BM. Mungkin sebab tahun ni markah 85% baru dikira A. Dia sipi - sipi je nak dapat A. Saya tak berapa risau sangat dia ni sebab dia rajin belajar. Macam tu yang Ustazah Badriyah nya cakap tadi. Alhamdulilah, anak - anak bagus di sekolah.
Ketiga, ke sekolah SK Kg Nasib, Ahmad Hamizan pula. Ikutkan jadual perjumpaan dengan ibubapa pukul 12 tengahari tapi saya minta datang awal sebab ada Majlis Bersama Jabatan. Dah call Teacher Mazwin pagi - pagi lagi dia pun kata ok.
Sebenarnya saya dah tengok semua result anak - anak dalam SAPS tapi kena datang juga sekolah untuk tandatangan, prosedur sekolah sekarang ni. Dulu kita bawa balik buku report then minta tandatangan mak dan ayah. Diorang pun tak ada banyak songeh terus saja sign, Tapi sekarang dah lain, semuanya banyak itu dan ini.
Apa pun, saya gembira dengan prestasi persekolahan anak - anak cuma perlu lebih gigih lagi untuk lebih cemerlang. Insyaallah.
Baru habis Majlis Bersama Jabatan dengan Pengarah Hospital
Salam Ramadhan yang ke 14 semua. Pasti letih dan lesu di waktu tengahari macam ni kan. Saya pun baru habis Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan sebentar tadi. Start pukul 11.30 pagi habis pukul 1.30 petang ni. Memang hangat topik - topik dan usul dari setiap wakil pekerja.
Bagi saya yang wakil pekerja juga, tiada apa - apa usul pun. Malas nak menambahkan berat kepala Pengarah nak menjawab usul - usul yang memang dah berat tu. Yang paling banyak usul adalah dari wakil Pemandu. Isu remeh temeh pun nak masukkan juga. Tak patut masukkan usul ni, boleh settle dalam jabatan. Takkan nak bawa ke JKN Perak kot.
Apa - apa pun, MBJ bagi tahun 2015 ni akan ada lagi. Ikutkan lagi 3 kali. Entahlah, tercapai atau tidak target Pengarah ni.
Kalau nak tahu apa itu Majlis Bersama Jabatan klik sini http://www.interactive.jpa.gov.my/mbj/
Kalau nak tahu apa itu Majlis Bersama Jabatan klik sini http://www.interactive.jpa.gov.my/mbj/
Langgan:
Catatan (Atom)