Selasa, 30 Jun 2015

Baru habis Majlis Bersama Jabatan dengan Pengarah Hospital

Salam Ramadhan yang ke 14 semua. Pasti letih dan lesu di waktu tengahari macam ni kan. Saya pun baru habis Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan sebentar tadi. Start pukul 11.30 pagi habis pukul 1.30 petang ni. Memang hangat topik - topik dan usul dari setiap wakil pekerja. 

Bagi saya yang wakil pekerja juga, tiada apa - apa usul pun. Malas nak menambahkan berat kepala Pengarah nak menjawab usul - usul yang memang dah berat tu. Yang paling banyak usul adalah dari wakil Pemandu. Isu remeh temeh pun nak masukkan juga. Tak patut masukkan usul ni, boleh settle dalam jabatan. Takkan nak bawa ke JKN Perak kot.

Apa - apa pun, MBJ bagi tahun 2015 ni akan ada lagi. Ikutkan lagi 3 kali. Entahlah, tercapai atau tidak target Pengarah ni.

Kalau nak tahu apa itu Majlis Bersama Jabatan klik sini http://www.interactive.jpa.gov.my/mbj/

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...