Saya mengambil cuti seminggu sebelum raya. Kebetulan suami dan anak - anak cuti sekolah, jadi saya sajalah yang mengambil cuti seminggu (kebetulan cuti raya pada 8.8.2013 - 9.8.2013 khamis dan jumaat). Saya ambil cuti rehat dari 5.8.2013 hingga 16.8.2013. Cuti rehat pun masih ada lagi.
Seminggu sebelum raya segala persiapan telah dibuat. Memasang langsir, menukar sarung kusyen, membasuh lantai rumah, mengecat rumah dan membuat kuih-muih ringkas. Seronok rasanya sebab lama dah tak buat macam ni. Selalunya emak yang membuatnya, saya balik pada malam raya je. Nampaknya tahun ni semua sudah berubah. Kakak yang sulung pula terpaksa balik sehari sebelum raya sebab dia menjaga anak orang, tak boleh cuti awal. Takpalah, saya pun banyak dibantu oleh anak - anak dan hubby.
Berikut ni adalah gambar - gambar pada hari raya bersama emak dan famili untuk kenang - kenangan raya 2013. jom.
Gambar adik bongsu dengan bakal mertuanya. Anak sulung saya
berbaju hitam belakang, Ahmad Hazmi.
Saya dan anak - anak, Ahmad Hamizan, Ahmad Hazim (tengah) n Ahmad Hilman (kanan)
Emak ayah , adik dan anak - anak.
Emak n ayah
Emak ayah n anak - anak.
Saya, emak ayah anak - anak n anak saudara
Ahmad Hazim.
4 Orang putera saya..
Saya n 3 putera. Ahmad Hamizan nak snap gambo.
Saya hubby n anak - anak.
Ahmad Hazim yang manja.
Ahmad Hazim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan