FIZO OMAR & MAWAR SIBUK BUAT PERSIAPAN, KAHWIN 2 MINGGU LAGI
KUALA LUMPUR 28 OKT 2013: Pelakon, Fizo Omar, 28, akui sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan bakal isterinya, Mawar Abdul Karim, 23, sebelum menjelang majlis pernikahannya yang akan berlangsung lagi 2 minggu.
"Memang saya sangat sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal berlangsung sekitar dua minggu lagi.
“Saya harap semua pihak mendoakan agar semua persiapan ini akan berjalan dengan lancar," katanya dalam laporan Utusan.
Menerusi laporan itu Fizo memberitahu dia akan mengadakan sidang akhbar pengumuman tarikh pernikahannya di The Curve, Damansara esok.
Fizo memberitahu majlis pernikahannya bakal menjadi satu majlis yang cukup istimewa, meriah dan dipenuhi dengan kehadiran mereka yang terapat dalam kehidupannya.
"Bagaimanapun kami tetap akan mementingkan kesederhanaan sebagai teras kepada segala persiapan," kata pemilik rangkaian francais Hot Burger itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan