Saya suka tengok pasangan ini. Sebab itu saya mesti mengikuti perkembangan pasangan ini. Selamat Pengantin Baru Fizo n Mawar. Pelakon Fizo Omar selamat diijab kabul dengan 
wanita pilihannya, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz sekitar jam 
9.32 pagi hari ini. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah, Mohd 
Arif Abdul Samad yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu 
Langat.
Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini terlebih dahulu 
mengikat tali pertunangan sehari sebelum ijab kabul selepas perkenalan 
hampir setahun. Majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar Abd Karim yang 
dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin 
perempuan di Country Height Kajang.
Malam tadi sebelum berlangsung majlis ijab kabul, telah berlangsung 
satu majlis berinai sekaligus meraikan para pekerja Butik Fareeda. 
Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari 
pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki 
menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 
naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan 
motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc. 
Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, 
kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis 
Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa 
tinggi. 
Pasangan pengantin baru ini juga memaklumkan yang mereka akan terbang
 ke benua Eropah untuk berbulan madu. Tahniah buat Fizo Omar & Mawar
 sekeluarga atas ikatan perkahwinan ini, semoga kekal bahagia selamanya. 
 



















































 
 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan