Dalam temubual terbaru bersama majalah Media Hiburan, Nelydia Senrose tampil lebih terbuka dengan kisah cintanya bersama Qi Razali dan mengakui yang jejaka itu merupakan cinta pertama beliau selain mereka kini memang serius dalam hubungan.
“Bila bercinta, ia bukannya satu masalah buat saya kerana ia adalah 
perkara normal bagi setiap manusia. Saya baru terlepas habis dari zaman 
persekolahan, jadi boleh dikatakan Qi adalah kekasih pertama saya 
selepas itu,” ujar Nelydia Senrose.
“Walaupun saya masih muda, tapi dalam bab kehidupan saya cukup matang
 dan bila bercakap soal hubungan kami. saya perlu serius. Selagi boleh 
buat yang terbaik, itu yang saya lakukan. Saya bercinta bukan sekadar 
mahu mencuba nasib, tapi mengharapkan yang terbaik daripadanya”
Nelydia Senrose turut mengakui yang Qi Razali sudah berjumpa dan 
saling berkenalan dengan ibu bapanya nemun masih belum ada sebarang 
perbincangan serius atau meletakkan sasaran untuk bertunang mahu pun 
perkahwinan.
Apa lagi Nelydia Senrose cerita tentang hubungannya dengan Qi Razali?
 Dapatkan majalah Media Hiburan edisi minggu ini di’pasaran sekarang.
 









 
 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan