Rabu, 27 November 2013

Perkahwinan anak bongsu Ramli Yusop dan Hapsah Abd Aziz

Perancangan yang rapi telah dibuat seawalnya sebelum tiba hari perkahwinan. Semua urusan dibuat bersama ahli keluarga yang lain dari hal masak memasak hingga majlis selesai. Lega rasanya apabila majlis berjalan dengan lancar. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum majlis hingga hari Selasa, 26 Nov 2013. Apabila segala urusan memulangkan periuk belanga, pinggan mangkuk, khemah dan barangan lain yang digunakan sepanjang majlis barulah kami pulang ke Kuala Kangsar. Yang seronoknya kenduri kahwin kalau buat di kampung ni ialah aktiviti bergotong royong dari hal masak memasak hinggalah selesai kenduri. 

Majlis kenduri kahwin di rumah saya pada 23 November manakala rumah pengantin lelaki pada 24 November sebab adik ipar saya ni tinggal di kawasan rumah kami juga. Anak peneroka juga. Tema warna di rumah pengantin perempuan ialah warna pink purple, rumah pengantin lelaki warna kuning.

Alkisahnya, selesai sudah majlis perkahwinan anak bongsu ayah dan mak. Mak dan ayah pun sudah ada 8 menantu dan 18 cucu. Apapun Tahniah dan selamat pengantin baru untuk adik saya yang bongsu, Siti Badariah dan adik ipar baru saya, Nazirul Mubin. Semoga berkekalan dan selamat menempuhi alam rumahtangga. Saya selitkan beberpa keping gambar sekitar perkahwinan adik saya yang sempat saya ambil walaupun sibuk melayan tetamu.










































Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...