Isnin, 9 Disember 2013

CT Nurhaliza menghulur bantuan kepada mangsa banjir

CT Nurhaliza hulurkan bantuan kepada mangsa banjir


Entry ni saya dapat dari blog engkumuzahadin. Dengan izin saya copy entry ni sebab terbaca mengenai CT Nurhaliza. Saya memang tengah 'mengumpul' artikel pasal CT. Bukan apa, satu hari nanti boleh gak baca pasal entry ni semula. Menghulur bantuan kepada yang memerlukan merupakan suatu perbuatan yang cukup mulia. Apatah lagi yang memerlukan itu merupakan rakyat di bawah naungan bumbung langit tanah air yang sama. Berikutan itu penyanyi tersohor tanah air yang juga usahawan produk kecantikan Dato Siti Nurhaliza tampil memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang melanda di beberapa buah negeri baru-baru ini. Tampil dibawah jenama Yayasan Nur Jiwa dan Simply Siti, turut kelihatan dalam misi menyampaikan bantuan ialah suami kepada Dato Siti Nurhaliza sendiri, iaitu Dato Khalid dan anak-anak mereka. Semoga bantuan yang diberikan ini akan mengembalikan kebaikannya kepada insan yang memberi kerana setiap kebaikan yang dilakukan tidak akan mengurangkan apa-apa kepada pelakunya bahkan akan ada ganjaran pula yang bakal diterimanya. Sama-samalah kita meringankan bebanan saudara kita yang memerlukan. 























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...