Rabu, 4 Disember 2013

Hari Kelepasan Am 2014



2013 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa minggu saja lagi.Perkara yang menjadi kebiasaan saya bila menjelang tahun baru adalah membuat planning untuk tahun mendatang seperti aktiviti cuti sekolah kerana masa inilah baru boleh cuti panjang ngan suami maklumlah cikgu cuti. Masa nilah rancang - rancang nak pergi melancong dalam negaralah biasanya sebab Malaysia ni pun banyak gak tempat menari untuk dilawati. Untuk itu saya perlukan data hari-hari pelepasan am bagi memudahkan saya untuk menyusun perancangan kerjaya dan keluarga.Jom kita tengok list hari-hari Kelepasan am 2014 .

Januari
1 Januari tahun baru 2014 - kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.
14 Januari hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (maulidur Rasul) - semua negeri.
17 Januari hari Thaipusam - Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang dan Selangor sahaja.
19 Januari hari Keputeraan Sultan Kedah - Kedah sahaja.
31 Januari Tahun Baru Cina - semua negeri.


Februari
1 Februari Tahun Baru Cina (hari kedua) - kecuali Kelantan dan Terengganu.
1 Februari hari Wilayah Persekutuan - Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Mac
4 Mac hari Pertabalan Sultan Terengganu - Terengganu sahaja.

April
15 April hari pengishtiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah - Melaka sahaja.
18 April Good Friday - Sabah dan Sarawak sahaja.
19 April hari keputeraan Sultan Perak - Perak sahaja.
26 April hari Keputeraan Sultan Terengganu - Terengganu sahaja.

Mei
1 Mei hari Pekerja - semua negeri.
13 Mei hari Wesak - semua negeri.
17 Mei hari Keputeraan Raja Perlis - Perlis sahaja.
27 Mei Israk Mikraj - Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis sahaja.
30 dan 31 Mei Pesta Keamatan - Sabah dan Labuan sahaja.

Jun
1 dan 2 Jun hari Gawai - Sarawak sahaja.
7 Jun hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong - semua negeri.
29 Jun Awal Ramadhan - Johor, Kedah dan Melaka sahaja.

Julai
7 Julai hari Ulangtahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia - Pulau Pinang sahaja.
12 Julai hari Jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang - Pulau Pinang sahaja.
15 Julai Nuzul Al-Quran - Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu sahaja
28 dan 29 Julai hari Raya Aidil Fitri - semua negeri.

Ogos
31 Ogos hari Kebangsaan - semua negeri.

September
13 September hari Jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak - Sarawak sahaja.
16 September hari Malaysia - semua negeri.

Oktober
4 Oktober hari Jadi Yang Dipertua Negeri Sabah - sabah sahaja.
5 Oktober hari Raya Qurban - semua negeri.
6 Oktober hari Raya Qurban(hari kedua) - Kelantan,Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja.
23 Oktober hari Deepavali - semua negeri.
24 Oktober hari Keputeraan Sultan Pahang - Pahang sahaja.
25 Oktober - Awal Muharam (maal hijrah) - semua negeri.

November
11 dan 12 November hari Keputeraan Sultan Kelantan - Kelantan sahaja.
22 November hari Keputeraan Sultan Johor - Johor sahaja.
29 November hari Hol Almarhum Sultan Iskandar - Johor sahaja.

Disember
11 Disember hari Keputeraan Sultan Selangor - Selangor sahaja.
25 Disember hari Krismas - semua negeri.

Senarai cuti penggal sekolah.

Cuti Pertengahan Penggal 1.
21 Mac hingga 29 Mac 2014 - 9 hari.

Cuti Pertengahan Tahun.
27 Mei hingga 14 Jun 2014 - 19 hari.

Cuti Pertengahan Penggal 2.
12 September hingga 20 September 2014 - 9 hari.

Cuti Akhir Tahun.
21 November 2014 hingga 3 Januari 2015 - 44 hari

1 ulasan:

PCL berkata...

Noted. Tq. Salam.singgah ziarah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...