Selasa, 10 Disember 2013

Malam Terakhir Bergelar Janda ; 14 Fakta Perkahwinan Zain & Che Ta



Umum sudah maklum, esok bersamaan 11.12.13 akan berlangsungnya majlis pernikahan di antara aktres, pengacara, dan model Rozita Che Wan atau mesra dengan sapaan Che Ta bersama aktor berdarah campuran Zain Saidin. Begitu banyak yang diperkatakan tentang majlis akad nikah dan resepsi yang bakal berlangsung ini sehinggakan rata-rata mengatakan majlis ini akan menjadi Wedding of The Year bagi tahun 2013. Menjengah malam terkahir Che Ta bergelar janda, ini dia dikongsikan 14 fakta tentang perkahwinan gilang-gemilang Rozita Che Wan dan Zain Saidin.


  • Pasangan ini bakal bernikah di atas gazebo yang direka khas untuk menyaksikan penyatuan ikatan yang sah mereka yang terletak di kawasan lapang yang berumput di Setia City Convention Centre pada 11 Disember ini. Konsep untuk majlis nikah adalah Inggeris Style dengan kaler pastel.
  • Bakal mempelai itu kemudian bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 13 Disember ini jam 8.00 malam. Konsep untuk majlis resepsi adalah Black Tie.
  • Program Walimatulurus Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan disiarkan di Astro Ria
  • Pasangan selebriti ini mengesahkan telah menerima menerima kira-kira RM13 Juta tajaan untuk perkahwinan mereka daripada 28 penaja untuk 3 majlis iaitu majlis berinai, majlis nikah dan majlis bersanding.
  • Hampir kesemua majlis mereka ditaja oleh pihak korporat kecuali hanya mas kahwin, cincin nikah, wang hantaran dan barang hantaran.
  • Tajaan termahal ialah daripada Habibs Jewels yang bakal memastikan Rozita Che Wan berseri-seri dengan barang kemas yang bernilai RM10 juta.
  • Sementara itu busana yang bakal digayakan ketika malam berinai adalah tajaan Bianco Mirmosa bernilai RM55,000.
  • Tidak ketinggalan baju nikah RM100,000 daripada Man Kajang dan baju persandingan bernilai RM150,000.
  • Pasangan ini telah berbelanja barang hantaran sahaja sebanyak RM200 Ribu.
  • Mereka bakal berbalas hantaran dalam jumlah yang sama iaitu 9 tetapi bukan dalam bentuk dulang sebaliknya dalam bentuk peti setiap barang.
  • Hantaran yang diserahkan kepada setiap pasangan masing-masing bukan sahaja satu barang setiap peti tetapi lebih daripada 2, malah paling banyak adalah perfume iaitu lebih daripada 10 wangian.
  • Wang hantaran yang akan diserahkan Zain kepada Che Ta adalah sebanyak RM23 200 iaitu sempena tarikh hari lahir bakal pengantin lelaki yang jatuh pada 23 Ferbruari.
  • Manakala mas kahwin yang akan berikan adalah sebanyak RM9 300, juga sempena tarikh lahir Che Ta.
  • Cincin nikah yang bertahta berlian yang diberikan kepada pengantin perempuan juga bernilai sempena tarikh lahir Che Ta iaitu RM93 000.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...