Isnin, 2 Disember 2013

Nostalgia perkahwinan CT dan Datuk K


Masih segar dalam ingatan tatkala seluruh negara menyaksikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan penuh gemilang. Serinya majlis, dirasai setiap mata yang menjadi saksi.
Seluruh rakyat Malaysia diberi peluang menyaksikan majlis persandingan Siti setelah acara penuh meriah itu dipancarkan secara langsung oleh TV3. Mendapat jolokan ‘Wedding of the Decade’, perkahwinan Siti diibaratkan seperti kisah fantasi penyatuan dua hati. Wajah Dewan Pameran 1 dan 2, Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) itu pula bertukar kepada suasana segar lagi mewah apabila hiasan bunga-bungaan segar memenuhi segenap ruang.


  • Persalinan bak sang puteri fantasi yang disarung Siti adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill.
  • Gaun perkahwinan adalah bernilai RM35,000 yang diserikan dengan layah sepanjang enam meter.
    • Pelamin yang tersergam indah adalah ilham dan rekaan Datuk Shah Rezza.
    • Seramai lebih 2,500 tetamu diundang bagi menyaksikan hari bersejarah itu.
    • Hadir sama, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali.
    • Khidmat Jurusolek Indonesia, Mia, turut dipakai Siti sewaktu majlis persandingannya.
    • Kek perkahwinan sembilan tingkat yang menghiasi upacara memotong kek bernilai RM12,000.
    …and there were more interesting facts in the article! Semuanya bagaikan fantasi indah yang bertukar realiti. .

    1 ulasan:

    sitirohaida berkata...

    suka tengok baju pengantin masa dia nyanyi tu...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...