Ahad, 29 Disember 2013

Syarat Bakal Suami Punca Izara Aishah Belum Bernikah

Dek beberapa syarat yang dikenakan bakal suaminya, Izara Aishah mengakui dirinya belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang hinggalah ke hari ini.

Syarat Bakal Suami Punca Izara Aishah Belum Bernikah

Namun begitu menurut Izara, sehingga kini mereka masih berbincang tentang perkara dan syarat-syarat tersebut termasuklah dia perlu kurangkan kemunculannya di televisyen sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti.

"Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja," ujarnya kepada rakan media.


Tambah Izara lagi, disebabkan syarat-syarat itu, dia meminta tempoh selama tujuh tahun untuk aktif berlakon sebelum memutuskan untuk berumah tangga.

Dalam pada itu, Izara juga tidak menolak kemungkinan akan mengundurkan diri daripada bidang lakonan selepas berkahwin kelak.

"Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini.

"Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja," katanya yang enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.


Bagaimanapun, Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, 21, turut bersyukur kerana lelaki yang dikenali sejak tujuh tahun itu sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya dalam apa juga keadaan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...