Ahad, 30 Mac 2014

Percutian Ke Sabah

Salam semua,

Rasanya dah lama tak update blog ni. Kebelakangan ni memang sibuk dengan kerja kat Ofis dan kerja di rumah, melayan anak - anak yang sedang membesar tu. Balik kerja dah mula buat kerja kat rumah, memasak, membasuh baju, menggosok baju sekolah dan macam - macam lagi. Sampailah anak - anak tidur baru boleh lelapkan mata. Fuhh punyalah letih.

So bertemu lagi kita di alam maya ni. Saya n family baru saja pulang dari percutian ke Sabah sempena Cuti Persekolahan yang lalu, 23 Mac - 28 Mac 2014. Percutian kali ini memang menyeronokkan apatah lagi inilah kali pertama saya membawa anak - anak bercuti menaiki flight. Dalam kalut  - kalut orang heboh pasal MH370, saya sibuk pulak bawa family bercuti naik flight. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan menaiki flight Malindo Air semuanya berjalan lancar. Perjalanan ke Kota Kinabalu dari KLIA mengambil masa 2 jam 45 minit lebih kurang.
Sepanjang percutian di Kota Kinabalu saya menginap di rumah kakak ipar saya di Likas, berhampiran Universiti Malaysia Sabah dan Hospital Likas. Banyak juga tempat yang saya lawati di sana termasuklah Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, Pekan Kundasang, Pekan Filipina, pasar malam KK, Gunung Kinabalu (Kami menginap di A Dream World Resort), Dairy Farm, Nexus Karambunai, Kinabalu Park, Perdana Park, makan Lokan Bakar dan makan sayap. Memang best percutian kali ni, seronok sangat. Anak - anak n hubby semuanya seronok terutama bila tang naik flight masing - masing berebut nak dok kat tepi tingkap. Saya ingatkan mereka takut dan gayat, tapi sebenarnya mereka lagi seronok. Terima kasih kepada keluarga kakak ipar saya yang menaja penginapan kami di rumahnya dan menaja penginapan di A Dream World Resort, KK.

Insyaallah, jika ada masa kami akan ke sana lagi sebab my hubby teringin sangat nak mendaki Gunung Kinabalu tapi tak dapat sebab kena booking awal. Apa - apa pun jom layan gambar kami kat sana.















































Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...