Sekiranya anda mencari satu
kawasan yang jauh dari kesibukan dan kebisingan kota, Pantai Morib merupakan
pilihan yang bijak. Sebagai salah sebuah kawasan beristirehat pantai di daerah
Kuala Langat, ia merupakan destinasi yang paling sesuai bagi pengunjung yang
datang dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang ingin melepaskan
diri daripada tekanan kerja kerana jaraknya yang tidak jauh dan strategik.
Landskap yang menjadi ikon Pantai Morib sekarang.
Sekiranya anda datang ke Pantai
Morib ini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bersiar-siar, berehat,
main layang-layang (layang-layang ada banyak dijual di sini), mencari maklumat
sejarah Pantai Morib, mencari siput laut, belajar seni landskap, jogging,
memancing di pesisir pantai, mandi-manda (kawasan berpasir agak terhad), melihat
matahari terbenam, BBQ dan bermain golf. Jadi, bersiap-siaplah dengan
kelengkapan yang sewajarnya sebelum datang ke sini.
Sepanjang pesisir pantai, anda
boleh menyusurinya hingga ke Pantai Kelanang yang juga merupakan sebuah pantai
baru yang cantik dan damai. Di pantai ini juga anda boleh bermandi-manda selain
dari berkelah dan berehat.
Keindahan Pantai Morib memang tidak dapat dinafikan. Selain dari menjadi pusat percutian pantai, di sini juga merupakan tempat aktiviti budaya. Festival Budaya peringkat negeri Selangor yang dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Selangor sering diadakan di sini. Boleh dikatakan bahawa Pantai Morib banyak menjadi saksi penganjuran pelbagai program budaya baik di peringkat kampung, daerah, negeri mahupun negara.
Selain itu Pantai Morib juga menyimpan
pelbagai sejarah negara. Pada 9 September 1945, satu pasukan tentera India dari
Batalion ke-46 tentera marin British telah mendarat di kawasan tersebut bagi
mempertahankan persisiran pantai daripada serangan tentera Jepun. Dicatatkan
juga dalam sejarah bahawa Pantai Morib pernah menjadi petempatan tentera Jepun dan
British sewaktu zaman Perang Dunia Kedua dulu.
Tempat berehat di Pantai Morib.
Yang jelasnya ialah suatu masa
dahulu, Pantai Morib pernah menjadi sebuah kawasan pelancongan yang popular di
kalangan pelancong asing mahupun tempatan. Pintu Gerbang ke Pantai Morib masih
sama seperti dahulu, tidak ada apa-apa perubahan. Jika sudah dimakan hari maka
pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat akan mengecatnya semula.
Tebing pantai Morib
Datanglah
ke Pantai Morib sewaktu air berbani. Kata orang kala air berbani,
banyak hidupan air yang boleh ditangkap sama ada dengan menggunakan
jaring, pancing, kelong mahupun perangkap ketam. Jika air surut, anda
boleh mencari pepahat atau kepah di gigi pantai.
Replika burung Camar putih di Pantai Morib.
Namun begitu, tiada
banyak aktiviti rekreasi yang boleh dibuat jika anda datang ke Pantai
Morib ketika air pasang. Namun, apabila air surut, seseorang perlu
berjalan di atas pasir yang rata dan landai sejauh 400 meter dari pantai
untuk sampai ke gigi air. Sesiapa yang berminat menambah koleksi
cangkerang laut, inilah masanya!
Gerai-gerai yang menjual makanan ringan, cederamata, permainan
kanak-kanak termasuk layang-layang.
Terdapat
dua buah penginapan yang paling hampir dengan pantai. Sementara Hotel
Sri Morib menambah nilai penginapannya dengan akses ke kelab golf, Hotel
Impian pula merangkaikan tarikan penginapannya dengan pakej kursus
selain kolam renang yang besar. Apa yang jelas, kebersihan Pantai Morib
kekal terjaga. Biarpun airnya belum tentu menjanjikan warna kebiruan, ia
masih lagi menjadi tumpuan pengunjung dalam kumpulan teman mahupun
bersama keluarga untuk mandi-manda.
Ini pula sudut maklumat mengenai siput yang ada didapati di pantai ini. The Gastrapods...
kalau nak tahu, bacalah.
Kemudahan lain yang terdapat di Pantai Morib termasuklah sebuah pentas serbaguna, gelanggang gasing, padang bola sepak pantai, gerai-gerai makan dan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC).
Salah satu landskap yang terdapat di Pantai Morib
Perjalanan untuk sampai ke Pantai Morib dari Kuala Lumpur adalah melalui Jalan Persekutuan ataupun melalui North Klang Valley Expressway via Klang. Dari Klang, teruskan perjalanan anda sehingga ke Banting sebelum tiba ke Pantai Morib.
Namun saya transit sehari sebelum ke rumah abang saya di Putrajaya. Keesokannya barulah bertolak dari Putrajaya ke Morib, menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Morib yang telah ditempah dua bulan sebelum ini. Saya check - in pada 5 Jun 2014 dan check out pada 7 Jun 2014. Dapat rumah semiD berharga RM50 semalam. Memang best tempat tu, ada tempat memasak, 2 bilik setiap bilik ada bilik air, bilik air di luar rumah pun ada, balkoni besar, ada wifi, ada aircond setiap bilik, tv pun ada , memang selesa sepanjang 3 hari itu. Saya suka landskap di RPP Morib ni, cantik, terjaga. Layanan staff di sana pun sangat bagus. Next time saya nak datang lagi dan tempat banglo pula berharga RM60 semalam. Pastikan anda staff kerajaan ye barulah boleh booking.
Dari Kanchong Darat
Anak-anak di Pantai Morib
Ni Pusat Latihan di Pantai Morib
Bergambar di Pantai
Beranda RPP Morib
Bilik di RPP Morib
Belakang Rumah SemiD
Selamat Bercuti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan