Rabu, 23 Julai 2014

Mengukis Jerman Cookies

Salam semua. Dah buat kuih raye ker.. Maklumlah dah masuk hari yang ke 26 kita berpuasa. Lagi 3 hari nak beraya. Seronoknya. Yang paling seronok tentulah budak - budak kan. Kita yang dewasa ni sambutlah ala kadar saja. Bab baju raya anak - anak semuanya dah settle. Tema tahun ni coklat muda biar sedondon. Bila baju raya dah settle, baru selesa nak mengukis. Malam tadi sempat siapkan jerman Cookies. Resipinya saya dapat dari Yatie Memories. Kebanyakan kuih raya saya dapat dari blogger ni dan juga Mat Gebu yang femes tu. Thanks Mat Gebu dan Kak Yatie ye. Cookies ni biskut raya saya yang ke 8. Alhamdulilah, tahun ni memang saya nak buat biskut sendiri, tak nak beli. Lagi pun buat sendiri lagi jimat. Maklumlah anak - anak ramai, kena berjimat. Jerman Cookies ni memang senang dan sedap.

Resipi Jerman Cookies

 BAHAN-BAHANNYA :-

 
125 gram mentega
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (Saya guna tepung gandum)
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (/2 camca besar,) kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit (saya tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.












Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...