Salam Syawal semua. Mesti ada yang dah kembali bekerja dan yang telah bekerja pada hari raya ari tu mestilah nak cuti raya pula kan. Wah, cuti raya tahun 2014 ni 9 hari saya ambil. Exceli, 3 hari je tapi bila campur ngan cuti PH dan Sabtu Ahad jadi 9 hari. Tu yang raya sakan tahun ni. Hubby pun sama cuti 9 hari sebab sekolah cuti seminggu. Nak dipendekkan cerita, tahun ni saya berkesempatan beraya ke rumah kawan hubby di Baling, Kedah ngan Tanah Merah Kelantan. Amboi, jauhnya hang beraya no.. Memang jauh, dah lama pun sebenaqnya tak ke sana selepas kawan hubby yang kat Baling tu meninggal dunia pada 28 Mei 2010. Arwah pun cikgu juga macam hubby. Kami cuma menziarahi ibubapa arwah Abang Jailani dan kubur arwah. Dia best frenz hubby masa kat maktab dulu.
Kami ke Tanah Merah juga rumah kawan hubby masa kat Maktab Perguruan. Semuanya dah berubah mengikut usia. Kehidupan dah berbeza. Kesempatan yang ada inilah masanya kami menziarahi mereka dan saling bermaaf- maafan. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf kepada anda semua yang berkesempatan menziarahi blog saya, seandainya ada terkasar bahasa tanpa disengajakan. Manalah tau mungkin ini Syawal kita yang terakhir.
Apa - apa pun kepada yang telah kembali bekerja teruskan khidmat anda macam biasa. Jaga pemakanan anda di musim perayaan ini maklumlah lepas ni banyak rumah terbuka @ Open House. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Di sini saya selitkan beberapa keping gambar kenangan saya dengan kawan - kawan ofis sebelum beraya di kampung masing - masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan