DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN
Pada 25/10/2014 (Sabtu) ni bermulalah tahun baru Islam buat kita semua yang beragama Islam.. Pada tanggal 1 Muharam 1436
ini marilah kita sama2 berhijrah dari satu tahap ke tahap yang lebih
baik.. menjadi insan yang disayangi Allah.. menjadi umat yang soleh dan
taat kepada perintahNya.. Moga Awal Muharam kali ini disambut
dengan diri kita yang baru dan bersih.. Aamiiinn.. Yarabbal Alamin.. Jom
kita buat persediaan untuk menyambut Awal Muharam nanti..
PENGENALAN MUHARRAM
MUHARAM
adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada
asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu
Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun
demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah:
91).
Sejak
pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian
tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah
menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran
yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan
dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan
kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk -
makhlukNya.
Daripada
Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka
lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram.
Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi
Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya
dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Mengingati diri sendiri untuk tidak ketinggalan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun..
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah
pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku
satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya
setahun" .
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan