
Isteri Separuh Masa merupakan drama adaptasi novel karya Suri Ryana. Menampilkan gandingan Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong sebagai peneraju utama. Drama arahan Micheal Ang. Drama ini akan menggantikan drama Suamiku Encik Sotong, ditayangkan mulai 16 mac 2015 pada setiap hari Isnin jam 10.00 malam di Astro Ria 104 dan Maya HD 135.
JUDUL : ISTERI SEPARUH MASA
EPISOD : 15
TARIKH : 16 Mac 2015 (Isnin, 10pm)
SIARAN : Astro Ria & Maya HD . 
NOVELIS : Suri Ryana
PENGARAH : Micheal Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn. Bhd
PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, Ziha, Ayda Jebat, Sharifah 
Shahora, Erwin Dawson, Mahmud Ali Bashah, Normah Damanhuri, Lia Natalia,
 Natasha Elyzza, Ziha, Nadya Syahera, Syafiq Kyle
WATAK PELAKON
Aiman Hakim Ridza sebagai Nazrin Shah
Emma Maembong sebagai Medina Izwani
Syafiq Kyle sebagai Zafril
Ziha sebagai Husna
LAGU TEMA / OST ISTERI SEPARUH MASA
Azhael - Hujung Waktu https://youtu.be/Z4XfJ04Nhhc
SINOPSIS NOVEL ISTERI SEPARUH MASA
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri 
kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya 
dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, 
sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung 
tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam 
perkenalan daripada Zafril?
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima
 kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan 
‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, 
tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka 
menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka 
berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan 
pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang 
pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung 
pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi 
menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu
 mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga 
surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di
 hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani.
 Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih 
juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. 
Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas 
tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin 
tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu 
gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
GAMBAR PELAKON

 

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
 
 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan