Drama Asam Pedas Untuk Dia (TV3)
Satu lagi drama adaptasi daripada novel bertajuk 'Asam Pedas Untuk Dia' 
karya Nureen Mirza. Drama arahan Feroz Kader ini mengadingkan dua 
pasangan baru iaitu Syukri Yahya dan Dayana Roza sebagai pelakon utama. 
Drama Asam Pedas Untuk Dia akan disiarkan mulai 10 Januari 2015,  setiap
 Sabtu dan Ahad jam 7.00 malam di slot baharu TV3 iaitu slot Dahlia.
JUDUL : ASAM PEDAS UNTUK DIA
EPISOD : 24 episod
TARIKH : 10 Januari 2015 (Sabtu & Ahad - 7 pm)
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENGARAH : Feroz Kader
PENULIS NOVEL : Nureen Mirza
TERBITAN : Frontrow Pictures
PELAKON : Dayana Roza, Shukri Yahaya, Adella Aryana, Juli Farhana Marin, Fazlina Ahmad Daud, Manan Sulaiman
WATAK DAN PELAKON
Dayana Roza sebagai Ainin Sofiya
Shukri Yahaya sebagai Ziyad
Adella Aryana sebagai Farhana
Juli Farhana Marin sebagai Syafinaz

SINOPSIS NOVEL ASAM PEDAS UNTUK DIA
Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang 
pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya 
sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan 
dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat
 pujian.
Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, 
Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran 
Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya 
kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata 
duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya 
sendiri.
Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi 
dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada 
pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak 
dibenarkan hamil.
Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai 
bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin 
Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi 
agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya 
terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil 
anaknya 
GAMBAR PELAKON ASAM PEDAS UNTUK DIA
 






.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



 
 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan