Latar Belakang Penerbit Love Novel. Layari http://www.lovenovel.com.my/
Ditubuhkan bertujuan untuk menerbitkan karya-karya bermutu daripada penulis yang sedia ada mahupun bakal-bakal penulis baru yang berbakat dimana member peluang kepada mereka yang tidak tahu arah tuju bagi menerbitkan karya mereka.
Syarikat adalah diterajui oleh gabungan tiga (3) ahli lembaga pengarah iaitu Puan Alida bin Jusoh, Puan Hartini binti Rofi dan Puan Nor Azlina binti Hamdi bagi mendapatkan gabungan idea dan momentum tindakan yang lebih besar.
Dengan berbekalkan displin yang tinggi, 
komitmen dan semangat yang jitu, perniagaan yang bermula secara 
kecil-kecilan ini ingin mewarnai dunia penulisan tanah air dengan 
menerbitkan karya-karya yang mempunyai idea-idea baru untuk memenuhi 
citarasa pembaca.
Perancangan rapi syarikat adalah 
berterusan bagi terus melangkah kehadapan dan LNE percaya akan menjadi 
sebuah syarikat korporat yang besar. Fokus perniagaan LNE tidak terhad 
kepada penerbitan novel sahaja,malah ingin mengeluarkan pelbagai buku 
yang boleh diterima pelbagai lapisan pembaca dan masyarakat, 
pengiklanan, dan sebagainya di masa akan datang.

 

 
 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan