06 May 2015, Rabu :-
Shukur Alhamdulillah Istiadat Tabal Adat Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan XXXV (ke-35), Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah selamat disempurnakan pagi tadi dengan penuh adat istiadat Diraja Negeri Perak Darul Ridzuan. Disini Syah ingin berkongsi dengan anda semua secara ringkas perjalanan Istiadat yang penuh bersejarah ini sebagai tatapan dan rujukan bersama. Terlebih dahulu Syah mohon maaf jika ada terdapat sebarang kesilapan dalam entry ini dan sila maklumkan kepada Syah diruangan comments. Sila click gambar untuk imej yang lebih besar.
Paduka Seri Sultan 
Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin 
Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah 
Al-Maghfur-lah mencemar duli memeriksa kawalan kehormat sempena Istiadat
 Pertabalan Baginda dihadapan Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala 
Kangsar, Perak.
Para Jejawat 
membawa masuk 16 bilah lembing kerajaan yang diperbuat dari perak dan 16
 kaki payung kerajaan bewarna kuning dan putih berselang seli didahului 
oleh payung kerajaan kedalam Balairong Seri .
 Para jejawat mesti memakai baju dan seluar bewarna putih serta sampin 
bewarna kuning dibawah baju, bertongkolok kain batik bersolek (ikatan) 
getam pekasam. Payung dan Lembing di susun 16 disebelah kiri dan 16 
disebelah kanan Balairong Seri yang diatur oleh Panglima dalam. Apabila 
payung dibuka menandakan bermulanya Istiadat Tabal Adat.
Keberangkatan Masuk
 Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka 
Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan 
Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Raja Permaisuri Perak, Duli Yang 
Maha Mulia Tuanku Zara Salim ke Balairong Seri Istana Iskandariah 
didahului oleh Panglima-Panglima Istana. Turut serta mengiringi 
keberangkatan baginda berdua adalah DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan 
Raja Dato' Seri Jaafar bin Raja Muda Musa, DYTM Raja Puan Besar Perak 
Darul Ridzuan Raja Nor Mahani bt. Raja Shahar Shah serta DYAM Raja 
Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni 
Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak 
Darul Ridzuan Tunku Dato’ Seri Soraya bt. Sultan Abdul Halim.  
Yang Berbahagia 
Orang Kaya-Kaya Seri Andika Raja Shabandar Muda (Orang Besar 8 Perak) 
Dato Seri Ir. Mohamad Othman bin Zainal Azim mengadap mohon limpah 
perkenan DYMM Tuanku Sultan untuk memulakan Istiadat Pertabalan ini.
Bacaan ayat suci Al-Quraan dari Surah Al-Imran ayat 26 hingga 32  dibacakan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Radzi Bin Kamarul Hailan bekas Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2000 dan 2004.
Istiadat membawa 
masuk naskah Al-Quraan. Sahibus Samahah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri 
Perak membawa masuk naskah Al-Quraan dengan diapit oleh dua orang 
Bentara dan diserahkan Al-Quraan berkenaan kepada Yang Berbahagia Orang 
Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato' Dr Afifi al-Akiti (Orang Besar 8 Perak 
dan Ahli Seumur Hidup Dewan Negara Perak).  Yang
 Berbahagia Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato' Dr Afifi al-Akiti 
menyembahkan Al-Quraan Berkenaan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
DYMM Paduka Seri 
Sultan Perak kemudiannya menerima naskah Al-Quraan berkenaan lalu dicium
 oleh baginda sebelum diletakkan ditempat khas disisi singahsana 
disebelah kanan baginda. Secara simboliknya DYMM Paduka Seri Sultan 
Perak mengucup Al-Quraan dan meletakkan nya ditempat khas disebelah 
baginda menggambarkan agama islam sebagai tiang dan tunggak kepada 
setiap panduan yang akan dibuat oleh baginda dalam menerajui negeri 
perak. 
Istiadat membawa 
masuk Pedang Cura Simanja Kini dan Watikah Pemasyuharan Pertabalan DYMM 
Paduka Seri Sultan Perak ke-35. Pedang Cura Simanja Kini dibawa oleh YM 
Raja Che Muda manakala Watikah Pemasyuharan 
 dibawa oleh Yang Dihormati Toh Amar Seri Diraja Ketua Istiadat 
Setiausaha Dewan Negara Perak, Dato' Ayop Hashim. Yang Amat Berbahagia 
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja (Orang Besar 4 Perak) Jen (B) Dato' 
Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi Hj Zainuddin menerima watikah 
pemasyhuran berkenaan untuk dibacakan. Beliau kemudiannya mengadap DYMM 
Paduka Seri Sultan Perak bersama YM Raja Che Muda dan YM Raja Che Muda 
yang menatang Pedang Cura Simanja Kini menyerahkan pedang berkenaan 
kepada Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja untuk diserahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
DYMM Paduka Seri 
Sultan Perak menerima Pedang Cura Simanja Kini dan kemudiannya bergerak 
kehadapan singahsana lalu menghunus dan mengucup Pedang Cura Simanja 
Kini diikuti dengan seruan Daulat oleh Yang Amat Berbahagia Orang Kaya 
Bendahara Seri Maharaja dan diikuti seru oleh semua dif-dif dan tetamu di Balairong Seri sebanyak 3 kali diikuti paluan Nobat.
Mestika (Geliga) Embun
Mohor Kecil Cap Halilintar
Toh Seri Nara 
Diraja Mohd Sah Nong Cik masuk mengadap mempersembahkan Mestika (Geliga)
 Embun kehadapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Toh Seri Nara diraja 
kemudiannya menyunting Mohor Kecil Cap Halilintar ke telinga kanan DYMM 
Paduka Seri Sultan Perak dan membisikkan Rahsia Nisab Sultani.  
Rahsia Nasab Sultan
Watikah Pemasyuharan penganugerahan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak kepada Tuanku Zara Salim dibacakan oleh Yang
 Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja (Orang Besar 4 
Perak) Jen (B) Dato' Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi Hj Zainuddin. 
Watikah Pemasyuran dibawa masuk oleh Yang Dihormati Toh Amar Seri Diraja Ketua Istiadat Setiausaha Dewan Negara Perak, Dato' Ayop Hashim.  
DYMM Raja 
Permaisuri Perak kemudian mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak diikuti
 dengan seruan Daulat oleh Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara 
Seri Maharaja dan diikuti seru oleh semua dif-dif dan tetamu di 
Balairong Seri sebanyak 3 kali diikuti paluan Nobat.
Ucapan Tahniah dan Taat Setia bagi pihak Raja-Raja dan Orang Besar Perak Darul Ridzuan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Jaafar bin Raja Muda Musa.
Ucapan Tahniah dan Taat Setia mewakili kerajaan dan rakyat oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.
Yang Dihormati 
Toh Amar Seri Diraja Dato' Ayop Hashim membawa masuk Watikah Titah 
Diraja untuk diserahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk 
dititahkan. Setelah selesai Yang Dihormati Toh Amar Seri Diraja Dato' 
Ayop Hashim mengadap untuk mengambil semula Watikah Titah Diraja.
Sahibus Samahah 
Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Hj. Harussani bin 
Hj. Zakaria mengambil tempat di Balairung Seri untuk membaca Doa 
Selamat.
Yang Berbahagia 
Orang Kaya-Kaya Seri Andika Raja Shabandar Muda Dato Seri Ir. Mohamad 
Othman bin Zainal Azim mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk 
mempersembahkan bahawa Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Yang 
Dipertuan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan Yang ke-35  Duli 
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum 
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah selamat dizahirkan (telah 
selamat disempurnakan).
Yang Berbahagia 
Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato' Dr Afifi al-Akiti mengadap DYMM 
Paduka Seri Sultan Perak untuk mengambil semula naskah Al-Quraan di 
Singahsana diiringi oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak. Tuanku mengucup Al-Quraan berkenaan sebelum diserahkan semula kepada Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato' Dr Afifi al-Akiti.
Paduka Seri Sultan 
Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin 
Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah 
Al-Maghfur-lah dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha 
Mulia Tuanku Zara Salim berangkat keluar meninggalkan Balairong Seri 
Istana Iskandariah. Keberangkatan Tuanku meninggalkan Balairong Seri 
diiringi paluan Nobat.
 





















.jpg)






 
 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan