Tuanku berdua berkenan menandatangani Buku Bergambar Menyusur Riwayat.
Tuanku merasmikan pameran.
04 May 2015, Ahad :-
Pagi
 tadi Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia 
Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan 
Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan melancarkan Pameran 
Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Buku Hikayat Misa Melayu 
bersempena  Istiadat Pertabalan Sultan
 Perak ke-35.  Majlis diadakan di Dewan Bandaran Ipoh. Pameran diadakan 
selama sebulan bermula hari ini sehingga 04 Jun 2015 dan terbuka untuk 
orang ramai dari jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari .
Pameran ini 
dianjurankan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau Bernama 
dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan 
Penerangan. Pameran ini terbahagi kepada 14 segmen diantaranya Mewarisi 
Takhta Kerajaan, Dunia Ilmu, Pelbagai Peranan dan Tanggungjawab serta 
Takhta Disandang Rakyat Disayang. 
Turut dipamerkan 
dalam pameran ini adalah gambar bangunan-bangunan bersejarah di Perak 
seperti Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Maktab Melayu Kuala Kangsar 
(MCKK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan King Edwards VII di Taiping. 
Terdapat juga sudut
 buku berkaitan institusi diraja yang dibawa khas dari Perpustakaan 
Bernama dan Perpustakaan Negeri Perak untuk tatapan pengunjung.
Anda juga boleh 
bergambar disebelah gambar besar Tuanku Sultan dan Raja Permaisuri 
diruangan khas "permaidani merah" yang terletak di bahagian luar bilik 
pameran. Pihak penganjur menggarkan seramai 500,000 pengunjung akan 
hadir ke pameran ini.  Baginda dan Raja Permaisuri serta keluarga 
menghabiskan masa selama 45 minit di pameran ini.
 



 
 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan