Isnin, 28 Oktober 2013

BIODATA PROF DR MUHAYA HJ MOHAMAD

BIODATA PROF DR MUHAYA HJ MOHAMAD

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Abu Hurairah ra meriwayatkan maksudnya "Ketika orang-orang melihat buah pertama (di pohon yang mereka tanam) mereka datang kepada Rasulullah SAW. Jika Rasulullah mengambil buah itu, maka baginda akan berdoa"Ya Allah, beri kami berkah pada buah-buahan kami. Beri kami berkah pada kota kami. Beri kami berkah pada setiap timbangan dan ukuran Ya Allah, sungguh, Ibrahim adalah hambamu, kekasihMu dan UtusanMu. Dan sungguh aku ini juga hambaMu dan utusanMu. Ibrahim telah berdoa kepadaMu untuk KOTA MEKAH  dan aku berdoa kepadaMu untuk KOTA MADINAH dengan doa yang sama seperti doa Nabi Ibrahim untk kota Mekah, bahkan dua kali lipat daripada itu.Kemudian Rasulullah akan memanggil anak paling kecil yang baginda lihat dan memberikan buah itu kepadanya".

(Riwayat Tarmizi dan Muslim )

Saya suka ingin berkongsi dengan anda mengenai Prof. Muhaya. Saya suka mendengar ceramah dari beliau. Manisnya wajah Prof. persis wajah orang yang beriman. Sejuk mata memandang. Ceramah beliau amat menyentuh hati dan kalbu. 





Biodata Profil Prof Dr Muhaya Mohamad

Usia: 54 tahun
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Nama suami: Dr Azmi Jamion
Jawatan suami: Doktor perubatan (klinik sendiri)
Anak: Dr Noor Aniah (doktor optalmologi, kini melanjutkan pelajaran) Dr Noor Atiyah (doktor perubatan)

Pendidikan:

- 1980 - 1985 : Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

- 1986 - 1991 : Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM

- 1998: PhD dalam bidang Ocular Immunology di Universiti London

Kerjaya

- Profesor Oftalmologi AUCMS

- Pakar Inspirasi dan kolumnis majalah

- Pakar Perunding mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur

Prof Dr Muhaya Mohamad
 Pencapaian:

- Wanita Islam pertama Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh

- Menerbitkan buku berkonsepkan inspirasi antaranya Bahagia dan Membahagiakan, Celik Mata Reset Minda dan Peliharalah Matamu.

- Matlamat: "Menjadikan setiap insan hidup dalam kesedaran ketuhanan dan bukannya kesedaran Keegoan. Menjadi insan yang bahagia serta dapat membahagiakan orang lain adalah satu anugerah tidak ternilai"

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...