Bercuti dengan keluarga di Cameron Highlands juga menjadi acara tahunan saya sekeluarga semenjak tahun 2008 lagi. Tapi masa tahun 2008 onwards, saya tidak sempat nak upload gambar - gambar kenangan sebab masa tu gambar disimpan diambil menggunakan kamera yang cuci filem di kedai gambar. Tapi bila ada teknologi canggih di zaman serba - serbi gajet ni, barulah saya sempat simpan gambar dalam PC dan cuci di kedai juga untuk simpan dalam album gambar. Bukan apa, apabila anak - anak dah besar mereka boleh tengok gambar mereka masa kecil.
Setiap kali bercuti di Cameron Highlands, saya mesti tempah Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands samada menggunakan nama hubby, Cikgu Dan atau saya sendiri. Kami mesti tempah Apartment 2 bilik. Memang selesa tinggal di apartment ni ada 2 bilik yang besar siap ngan bilik air ada water heater, dapur besar yang boleh masak bagai. Setiap kali pergi sana, saya mesti masak untuk keluarga (masakan simple sajalah). Macam goreng telor dadar, ikan masin, sambal sardin, maggi dan nasi panas. Barulah best makan panas - panas dalam suasana sejuk macam tu.
Pada 26 Mei 2013 yang lepas, saya sekeluarga check-in RPP Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. Memang best !! Cuma kali ni saya rasa RPP CH dah berubah sikit dari segi perabot berbanding dengan yang sebelum ni pakai perabot lain. Memang best !! Alhamdulilah, sekurang - kurangnya penjawat awam ada juga keistimewaan.
Di sini saya kongsikan beberapa keping gambar percutian saya semasa di RPP CH untuk anda yang teringin bercuti di RPP Cameron Highlands. Harga semalam di sini ialah RM50.00 bagi Apartment manakala bilik besar RM25.00. Tapi nak booking memang lama menunggu. Saya menunggu hampir setahun untuk booking RPP. Booking Mei 2012 untuk Mei 2013. Fuhh, lama benor untuk percutian bersama family tersayang. Apapun thanks pada Kerajaan Persekutuan yang telah menyediakan fasiliti untuk kami. Memang berbaloi. Jom layan gambar kami di RPP CH. Kepada sesiapa nak booking RPP, boleh layari di sini
Main entrance terdapat papan tanda RPP Cameron Highlands.
Bilik Utama ada bilik air.
Tandas
Bilik Kedua
Pandangan kat belakang RPP
Dari balkoni
Ruang makan
Anak - anak layan Facebook ler sebab line Wifi ok.
Sofa baru
Gambar masa jalan ke Brinchang jam. Biasalah, cuti sekolah.
Cactus Valley
Singgah makan kat sini
Peman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan