Musim anugerah kembali lagi. Selepas Shout! Awards 2013 tamat minggu lalu, kini tiba giliran Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) untuk mencipta kehangatan — dan ya, untuk menghargai usaha dan kerja kerasa anak seni sepanjang tahun.
Untuk muncul dengan identiti sendiri dan mencipta kelainan, Anugerah Skrin 2013 mengangkat tema glass
atau kaca sebagai konsep bagi penganjurannya yang sudah masuk edisi ke
15. Konsep ini dipilih sebagai simbolik di mana drama & filem
merupakan refleksi kisah sebenar manusia.
Anugerah Skrin 2013 kali ini akan menampilkan Nad Zainal buat pertama
kali sebagai pengacara majlis digandingkan dengan dua veteran bidang
pengacaraan Awal Ashaari & Faizal Ismail. Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013.
Manakala Scha Al Yahya dan Iqram Dinzly bakal mengendalikan acara
karpet merah bersama dua pemenang dari pertandingan Pantene Star Search.
Anugerah Skrin 2013 akan disiarkan secara langsung dari Stadium
Malawati Shah Alam pada 29 November ini.
Berikut merupakan fesyen selebriti yang hadir
ke majlis sidang media Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung semalam di
Kuala Lumpur. Enjoice!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan