Isnin, 16 Disember 2013

12 Gambar- Wan Maimunah Selamat Bergelar Isteri

  

12 Gambar- Wan Maimunah Selamat Bergelar Isteri | Tahniah diucapkan kepada Wan Maimunah yang telah selamat diijabkabulkan bersama seorang usahawan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin "membimbing ke jalan yang diredhai Allah" di Tropical Inn, Johor Bahru kira-kira jam 8.20 malam, semalam.

Gambar- Wan Maimunah Selamat Bergelar Isteri

Pasangan Wan Maimunah dan Makpol selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan dengan berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah.

Wan Maimunah yang gagal menahan airmata sejurus selesai lafaz akad nikah telah menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang.


“Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta dunia kerana ia tidak akan kekal.

“Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan Allah itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami,” ujar Wan yang menjelaskan kisah disebalik mas kahwinnya.

Makpol juga berkata yang dia tidak akan menghalang Wan Maimunah dari terus aktif dalam bidang seni malah menyerahkan kepada isterinya itu untuk membuat pilihan.

12 Gambar- Wan Maimunah Selamat Bergelar Isteri
Wan Maimunah Kahwin

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...