Ahad, 29 Disember 2013

Lebih 15,000 Tetamu Raikan Majlis Fizo & Mawar

Nampaknya hasrat Fizo Omar yang mahu meraikan rakyat Kelantan yang menyokong perjuangannya dalam bidang seni tercapai selepas majlis kesyukuran sempena perkahwinannya itu dihadiri kira-kira 15,000 tetamu.

Lebih 15,000 Tetamu Raikan Majlis Fizo & Mawar

Menurut Fizo, beliau bersyukur kerana majlis itu dihadiri kira-kira 15,000 tetamu sejurus rombongan keluarga isterinya, Mawar Abdul Rahman, 24, tiba dengan diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi berjalan lancar di kediamannya di Taman Sri Jawa, Selising, dekat Kelantan.

Pasangan pengantin yang berpakaian merah jambu ceria dan tidak jemu melayan tetamu serta peminat sepanjang majlis bertemakan seri taman berlangsung.

Tambah Fizo lagi, kenduri yang diadakan khusus bagi meraikan warga Kelantan itu sebagai menghargai sokongan dan dorongan diberikan sehingga dia berjaya dalam dunia lakonan serta perniagaan.

“Alhamdulillah, saya gembira kerana hasrat meraikan orang ramai di tanah kelahiran saya tercapai. Saya berterima kasih kepada semua tetamu yang meluangkan masa ke majlis ini termasuk tetamu kehormat.

Fizo ketika ditemui pada majlis itu berkata, sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan untuk dimasak dengan resipi khas gulai kawah Kelantan sebelum disajikan kepada tetamu.

"Kenduri kesyukuran ini adalah sebahagian simbolik rasa kasih dan penghormatan saya kepada peminat yang banyak memberi sokongan," katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...