“Tangan saya menggigil ketika disarungkan cincin oleh Iqram. Benda yang paling lemah bagi saya ialah percintaan dan apabila dilamarnya, memang satu kejutan besar buat saya.
"Terima kasih kepada Iqram kerana lamaran ini memberi memori yang indah buat saya,” tutur Soo Wincci saat berkongsi perasaannya dilamar pelakon drama siri ‘Dunia Baru’ itu.
“Kami mula rapat selepas berjumpa dalam satu majlis dan saya sangat selesa dengan dia. Saya seorang yang sangat gila bekerja dan sebab itulah saya kehilangan ramai kawan.
"Memandangkan Iqram tinggal berdekatan dengan rumah saya, jadi saya sering keluar dengan dia. Buat masa sekarang kami hanya berkawan dulu kerana selagi saya tidak sampai ke Hollywood, saya tidak mahu fikir lagi soal jodoh.” Ujar Soo Wincci lagi.
Album ‘Su Win Si by Soo Wincci’ diedarkan oleh Warner Music Malaysia bakal menemui peminat pada 20 Disember 2013.
Para peminat juga boleh memuat turun lagu-lagu terbaru Wincci di laman-laman Telco dan mengikuti perkembangan Wincci di Facebook, WincciFanPage serta Instagram dan Twitter@soowincci
Bagaimanapun, penyerahan cincin oleh Iqram Dinzily kepada Soo Wincci hanyalah simbolik sahaja, sekadar rakan baik dan bukannya sebagai kekasih. Ianya turut menerima liputan luas dari akhbar bahasa Mandarin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan