Ahad, 22 Disember 2013

Tahniah, Raja Azrey Selamat Bernikah Dengan Rozita Rahim

Setelah hampir setahun setengah hidup menduda, pelakon dan pengarah, Raja Azrey akhirnya mendirikan rumah tangga bersama Rozita, wanita pilihannya kelmarin.

Tahniah, Raja Azrey Selamat Bernikah Dengan Rozita Rahim

Dengan hanya sekali lafaz, Raja Azrey telah pun selamat bergelar suami kepada Rozita Rahim yang juga merupakan pengurus peribadinya dalam majlis pernikahan yang sederhana. 

Memetik laporan Media Hiburan Online, majlis yang berlangsung di Masjid Al-Azim, Pandan Indah tepat jam 5 petang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pihak pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang.

Manakala majlis resepsi pula akan diadakan pada malam ini di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan bertemakan bangsawan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...