Isnin, 16 Jun 2014

Kedai Makan Anak Sedara di Sungai Delek Klang

Bertemu lagi kita. Minggu lepas Hari Jumaat, 13 Jun 2014 selepas hubby ambil saya dari tempat kerja dia terus ajak pergi Klang, melawat anak saudara yang baru buka kedai makan di Sungai Delek Klang. Agak kelam kabut juga sebab hubby suka buat kejutan last minute,baju dan kelengkapan untuk anak - anak semuanya belum packing lagi. Bertolak dari rumah pukul 6.30 petang,sempat lagi masak nasi untuk bekalan dalam perjalanan, kebetulan lauk tengahari tadi ada lagi terus tapau. Anak - anak memang excited bila dengar nak pergi rumah abang Ijat kesayangan mereka tu. 

Kami tak ikut jalan highway tapi ikut jalan lain, Kuala Kangsar - Sayong - Tanjung Blanja - Felcra Seberang Perak - Sabak Bernam - Klang. Bekalan makanan yang dibawa langsung tak dimakan sebab berhenti makan kat Tanjung Blanja. Perut memang lapar sebab balik kerja tadi belum makan lagi.

Sampai kat kedai Ijat pukul 1.2p pagi. Fuhh , dalam sejarah ni sebab belum pernah lagi bawa anak - anak supper kat luar. Diorang pun start pukul 8.30 malam tadi dah tidur sampai ke Klang baru terjaga. Kami order minuman saja sebab masih kenyang. Waktu malam pun mana boleh makan banyak. Lepas minum terus bawa Ijat balik rumah mamanya yang memang dah lama kosong sejak mereka pindah ke Sabah. Dulu ada orang menyewa tapi penyewanya pun dah keluar, jadi kosonglah rumah tu di Kg Sementa Klang. 

Dapat aja bantal dan toto terus lena sampai ke pagi. Tak pernah dibuat tidur lewat pagi macam ni. Sedar - sedar dah pukul 6.30 pagi terus solat Subuh. Rumah Kak Tan tak ada Fridge dan dapur, cuma ada kettle. Masak air saja lah. Kejutkan hubby suruh dia pergi cari breakfast. Lama dah tak makan nasi lemak Kg Sementa yang sambal nasi lemak manis - manis sikit.

Petang tu, dalam pukul 5.00 petang hantar Ijat ke kedai makannya di Sungai Delek, kawasan perkampungan nelayan. Dia pandai buat western food, chicken chop. Kami cuma makan mee rebus dan laksa. Chicken Chop kami tapau untuk mak mertuaku yang nak merasa masakan Ijat. Di sini saya sempat merakamkan beberapa keping foto sebagai kenangan di sana. Kalau anda ada kesempatan bolehlah singgah kat kedai anak saudara saya ni.






































 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...