Rabu, 23 Julai 2014

Biskut Mazola Yang Rangup

Salam semua, tentu tengah sibuk mengukis kan. Entry ni sebenarnya lama dah nak masukkan tapi sibuk aje memanjang. Tu yang tak sempat. Biskut ni saya buat pada ramadhan yang ke 20.




Bahan-Bahan:

• 1 cawan minyak mazola. Minyak biasa pun boleh.
• 1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
• ½ cawan tepung jagung
• ¾ cawan gula halus
• 1 cawan kacang tumbuk
• 1 sudu teh essen vanilla
• (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.

Bahan Untuk hiasan

• Kuning telur untuk hiasan
• Kacang tumbuk kasar secukupnya

Cara-Cara:

1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...