Rabu, 23 Julai 2014

Mengukis Biskut Suji

Salam semua. Tak sabarnya nak beraya kan. Tentu sibuk buat cookies. Biskut ni saya dah buat hari Rabu lepas, tapi tak sempat nak share kat sini. Biskut ni memang fevret saya sejak kecil lagi. Tapi saya dah modified resipi mak. Mak letak minyak sapi, saya letak tepung suji. Selamat mencuba.


Bahan-bahan

250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan

Cara Penyediaan

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan semua jenis tepung. Gaul rata.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
6. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...