Isnin, 7 Julai 2014

Resipi Sagu Gula Melaka

Salam Ramadhan. Sudah masuk hari yang ke 10 kita berpuasa hari ni. Alhamdulilah, kita masih lagi berpeluang untuk berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini. Saya pun baru saja berpeluang untuk berblogging pada bulan puasa ni. Maklumlah, balik kerja je dah nak memasak untuk suami dan anak - anak. Nak snap gambar masakan pun tak sempat. Siap masak pun dah dekat - dekat nak berbuka. Tu yang tak sempat. Apa - apapun, saya sempat juga snap satu gambar sagu gula melaka yang menjadi fevret saya ni. Nak rasa, cubalah.

Bahan-bahannya:
A
1 cawan sagu mata ikan.
2 cawan air.
B
1/2 cawan gula Melaka (racik halus)
1 cawan air.
1 helai daun pandan.
C
1 biji kelapa parut (putih)
1/2 sudu teh garam.

Cara-caranya:

  • Rendam sagu dengan 2 cawan air.Pastikan sagu terendam.Jika tak, tambah sedikit lagi air.
  • Masak gula melaka dengan 1 cawan air  dan daun pandan sehingga larut.Tapis dan tuangkan ke dalam loyang sagu tadi.

  • Kukus sagu selama 20 minit atau sehingga masak.



  • Sejukkan kuih sagu sebelum di potong dan digaulkan dengan kelapa parut.
  • Kelapa parut di kukus sekejap dan di gaul dengan garam ya. Dah siap, boleh makan berbuka nanti.

1 ulasan:

Chekgu Azrine berkata...

sedapnya..suka sangat sagu..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...