Isnin, 13 Oktober 2014

Cara memohon rumah mesra rakyat

Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Salam semua. Entah kenapa minggu ni saya suka melayari laman web SPNB mengenai Rumah Mesra Rakyat.  Setiap hari mesti nak tengok design rumah Mesra Rakyat. Agak-agak saya layak ke nak mohon. Tanah dah ada, cuma tang pendapatan tu takut tak lepas. Saya suka sebab ada subsidi dan bayaran bulanan rendah. Sapa ada pengalaman membina rumah mesra rakyat ni, share ngan saya k.

Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia
Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1MalaysiaInfo ni saya dapat dari SPNB.

Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, perlu ada syarat-syarat di bawah, sila lihat syarat pemohonan Rumah Mesra Rakyat 1malaysia. Permohan boleh di buat melalui Jabatan Rumah Mesra Rakyat.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR


  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  3. Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  4. Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  5. Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  6. Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat
di talian 1-300-80-3838 atau 03-26185555. atau melalui spnb.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...