Saya bercerita sekali sahaja. Kerana saya malu mengulangnya.
Saya bercerita sambil menutup wajah dengan kedua-dua tapak tangan saya.
Apabila saya bercerita angan-angan mahu menjadi penulis novel cinta, sudah lima tahun saya raikan angan-angan tanpa novel.
Saya sebut di hujung lidah dan bersuara di dalam fikiran.
Apabila ke kedai buku saya stress!
Jika di kedai buku, saya menarik keluar beberapa judul novel, dari raknya. Kemudian membaca sinopsisnya. Saya berdiri di situ membacanya.
Setiap kali saya membaca novel orang lain saya berkata, “Saya mahu menulis novel sendiri. Diterbitkan dan dibaca oleh orang lain.”
Apabila di hadapan televisyen saya resah!
Jika di rumah, saya duduk di sofa dengan segelas air sejuk yang belum diminum. Kemudian menonton drama kegilaan ramai yang diadaptasi dari novel.
Apabila menonton drama di televisyen, saya bercakap kepada diri sendiri, “Pada satu hari, novel saya juga akan dijadikan drama.”
Ketika saya bujang dahulu saya mahu!
Dahulu ketika saya bujang, rakan serumah akan bertanya,
“Novel yang awak cerita setiap malam, sudah bab berapa?”
Selepas saya berkahwin saya tidak tahu!
Selepas berkahwin, pasangan saya bertanya, “Bila mahu menulis novel yang awak ceritakan di atas pelamin dahulu?”
Apa saya akan buat?
Saya bersemangat mahu menulis, saya bangun mengambil laptop. Duduk semula di sofa yang sudah lapan tahun usianya.“Ya, saya mahu menulis dan menjadi novelis."
Tetapi tangan saya kaku, mata saya berkedip-kedip melihat skrin.
Saya tidak dapat menulis apa-apa pun.
Mengapa saya tidak menulis novel cinta?
Sedangkan saya amat mahu menulis novel?
Ketika ini rasai beban dalam hati saya.
Ia terasa di hati anda ketika ini.
Lihat senarai masalah di bawah mengapa saya tidak menulis.
Kemudian sebut YA sekuat hati, “Jika itu yang berlaku kepada saudara juga.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan