Assalammualaikum.,
Salam drama untuk semua.
Novel suri ryana yang keempat akan diadaptasi.(wow!)
Sinopsis:
Mampukah hubungan masam dan pedas jadi semanis gula kapas?
Salam drama untuk semua.
Novel suri ryana yang keempat akan diadaptasi.(wow!)
Sinopsis:
Mampukah hubungan masam dan pedas jadi semanis gula kapas?
"Joesonghabnida!"
Tercungap-cungap aku meminta maaf di dalam Bahasa Korea apabila
terlanggar lengan kiri lelaki di hadapanku ini. Sempat aku menjeling ke
arah jam di tangan dan setelah itu, kelam kabut aku mengutip tiketnya
yang melayang di atas lantai. Ah, nasib baik sempat! Macam mana la aku
boleh bangun lewat hari ni?
"Chungmal Joeseonghabnida" Ucapku lagi seraya menghulurkan tiket tersebut kepadanya sambil membongkokkan badan.
Dengan kasar lelaki di hadapanku ini merampas tiket yang berada di dalam
genggamanku. Tergamam seketika aku jadinya. Kemudian, dia menepis-nepis
lengan bajunya yang kulanggar sebentar tadi. Gaya seperti buang habuk
dari badan pulak. Ini sudah lebih! Tajam matanya menikam anak mataku
membuatkan aku terus sahaja berpaling ke hadapan.
Ya Allah, geramnya! Kalau aku tahu mamat ni kerek, tak ingin aku nak
minta maaf, bongkokkan badan macam nenek kebayan bagai tadi. Sepanjang
aku kat Korea, belum pernahlah lagi aku jumpa lelaki Korea sekerek mamat
ni. Semuanya baik-baik belaka dengan aku.
Ah, tapi, salah aku jugak rempuh dia tadi tanpa bagi salam. Itulah
jadinya bila asyik sangat memecut sampai tak nampak orang! Aku mula
memarahi diri.
Baru sahaja ingin melangkah, lelaki di belakangku ini bersuara.
"Jang-nim!"
Sinis sekali perkataan itu menghiris gegendang telingaku. Jang-nim? Dia
cakap aku buta? Sabar Bella, Sabar! Aku hanya mampu memejamkan mata dan
mengetapkan bibir sahaja saat ini.
Lelaki tinggi lampai yang tadinya berada di belakangku kini berada
betul-betul di sebelahku. Terus sahaja aku mendongakkan wajah untuk
memandang ke arahnya. Tajam sekali matanya menikam anak mataku. Gaya
seperti nak ajak gaduh pun ada jugak!
"Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!" Selamba sahaja aku berkata begitu bersama senyuman sinis di bibir.
Berani kan aku? Memanglah berani sebab aku tahu, dia bukan faham pun
Bahasa Melayu! Namun tak sampai beberapa saat bertentang mata, anak
mata terus kularikan ke arah lantai. Gerun pulak aku. Manakan tidak,
matanya masih tidak berkelip. Masih tajam menikam wajahku.
Gulp! Baik aku berambus dari sini.
Tanpa memandang ke arahnya, aku terus mengheret laju bagasi Samsonite
dengan tangan kanan. Tangan kiri pula, dengan kalut kuangkat sedikit
untuk melihat waktu pada jam. Sempat ni. Sempat! Aku cuba untuk positif.
Anak mata kularikan ke sekeliling kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa
Incheon ini.
"Kaunter E!" Bisikku perlahan.
Ada segaris senyuman menghiasi bibir apabila tempat yang hendak dituju
kini berada hanya beberapa tapak sahaja lagi di hadapan. Namun, senyuman
di bibir terus mati apabila bahu kananku dirempuh dari belakang.
Terhuyung-hayang aku jadinya! Nasib baik tak jatuh.
Terus sahaja aku mengangkat wajah untuk memerhati gerangan manusia yang
melanggar aku tadi dan kini aku hanya mampu menahan geram sahaja apabila
lelaki samseng itu dengan selamba menyambung langkahnya tanpa
mempedulikan aku di sini. Dia kulihat hanya memandang ke hadapan sahaja.
Wajah masih serius cuma ada siulan yang berlagu di bibirnya. Bagai
tidak ada apa yang berlaku.
"Memang dasar samseng!"
Ikutkan hati, mahu sahaja aku baling kepalanya tu dengan telefon bimbit.
Biar berkecai Samsung Note 3 milikku, asalkan aku puas. Eleh, aku bukan
takut sangat pun dengan dia! Boleh aje kalau nak fight! Cuma kalau
bergaduh karang, takut tertinggal flight la pulak! Tak berbaloi.
Dia ingat ini negara dia, aku takut? Jangan nak perangai macam abang kawasan sangatlah!
Tudung di kepala kubetulkan sambil menarik bagasi bersaiz sederhana besar di sisi kananku.
Nampaknya, sepanjang perjalanan balik ke Malaysialah aku bakal menyumpah
seranah mamat ni di dalam hati! Bersama wajah yang sebal, aku terus
menyambung langkah yang terhenti tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan