Abdullah
Suhaime sepanjang hidup nya tidak menceritakan yang diri nya akan
berkahwin dengan seorang wanita lagi di kala isteri pertama nya
mengandung 4 bulan.
Seorang isteri yang kini
hamil 4 bulan, terkejut menerima berita buruk yang suaminya maut
bersama dengan isteri baru dan ibu mertuanya dalam kemalangan.
Abdullah
Suhaime Abd Rahman, 30, pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah
(HSA) Johor Bahru dan isteri barunya, Rohayu Abas, 29, jururawat HSA
serta ibu mertuanya, Rokiah ABu Bakar, 52, maut serta merta di lokasi
kejadian selepas kemalangan.
Difahamkan, Suhaime baru sahaja bernikah dengan Rohayu beberapa hari yang lalu.
Kemalangan
itu dilaporkan berpunca dari kereta Ford Fiesta yang dipandu oleh
Rohayu dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan
bertentangan sebelum bertembung dengn lori pasir tanpa muatan di
Kilometer 42.2, Jalan Johor Bahru-Mersing, berhampiran dengan stesen
minyak di Batu 1 Jalan Mawai pada jam 5 pagi.
Pemandu lori itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan di bahagian mata dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).
Farah
Fadila Faizal, 27, isteri pertama mangsa hanya mengetahui kejadian itu
daripada rakan WhatsaApp sebelum diberitahu oleh pihak polis.
Farah
telah mendirikan rumah tangga dengan Suhaime selama dua tahun yang kini
sudah hamil empat bulan terkejut menerima berita itu.
"Ahad
lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari.
Saya ada menghantar sms mengadu kaki saya sakit ketika dia sedang
berkursus. Tetapi mesej saya langsung tidak dibalas. Saya tidak tahu ibu
mertua dan wanita itu ada bersama dengannya sehingga menerima berita
tentang kemalangan itu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan