Ini sudah tentu berita gembira dan
melegakan buat ibu bapa sekalian. Untuk makluman anda, sekolah kerajaan
dan bantuan kerajaan di seluruh negara akan cuti selama enam hari sempena sambutan Aidilfitri 2015.
Hari tu masa awal berpuasa saya dah berdiskusi dengan encik suami, Cikgu Hamdan mengenai hal ini. Suami kata sekolah dia start cuti pada sekian haribulan, sekolah anak pulak sekian haribulan dan anak sekolah menengah pulak sekian haribulan. Pening kepala dibuatnya sebab setiap sekolah berlainan haribulan cuti raya. At last, KPM umumkan Cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 16 Julai 2015 – Cuti sekolah sempena Aidilfitri akan bermula dari 16 Julai hingga 21 Julai 2015. Dimana sambutan Aidilfitri pula dijangka pada 17 dan 18 Julai 2015. Seronoknya saya mendengarnya, tak payah pening - pening dah, boleh concentrate balik beraya di Pahang.Lepas ni boleh mohon cuti thru HRMIS.
Memetik sumber berita, jurucakap Kementerian Pendidikan berkata, kementerian menetapkan 16 Julai sebagai cuti peristiwa yang tidak perlu diganti,
manakala selebihnya perlu diganti semula. Sehubungan itu, katanya,
katanya semua sekolah sudah menggantikan cuti 20 Julai pada 11 April
lalu, manakala 21 Julai diganti pada 23 Mei lalu. Pekeliling mengenai
cuti berkenaan sudah dihantar ke semua sekolah, samada menengah mahupun
rendah.
Beberapa laman sesawang sekolah turut
memuat naik pekeliling cuti peristiwa dan perayaan berkenaan sebagai
rujukan ibu bapa dan pelajar. Selain Aidilfitri, cuti Tahun Baharu Cina dan Deepavali juga selama enam hari, masing-masing pada 17 hingga 22 Februari 2015 lalu dan 7 hingga 12 Disember 2015 ini.
Dalam pada itu, semua sekolah perlu
mengemukakan permohonan cuti peristiwa dan perayaan kepada Pengarah
Pendidikan negeri masing-masing selaku pendaftar untuk kelulusan.
Kementerian menetapkan, pihak sekolah perlu memastikan persekolahan
tidak kurang 190 hari seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998.
“Walaupun kelulusan cuti diselaraskan
Kementerian Pendidikan, namun sekolah perlu menghantar surat kepada
Pengarah Pendidikan negeri untuk kelulusan,” kata jurucakap berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan