Saya tidak tahu di mana harus dimulakan. Pepatah cina ada menyatakan, “Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”, lalu terus mulakan dengan artikel , Tulis Blog Dapat Duit daripada Nuffnang.
Sebelum ini, adalah beberapa orang yang bertanya kepada tentang bagaimana dengan tulis blog dapat duit? Hmmm… satu soalan yang agak menarik. Kalau korang ingin tahu, korang haruslah membaca artikel yang bertajuk Cara Membuat Duit dari Blog. Dari artikel tersebut, korang akan dapat gambaran secara ringkas bagaimana kebanyakkan blogger menghasilkan income daripada berblogging.
Bagaimana Tulis Blog Dapat Duit daripada Nuffnang?
Untuk topik kali ini saya hanya ingin sentuh bagaimana dengan menulis blog dapat duit daripada Nuffnang.
Secara ringkas tentang Nuffnang.
Nuffnang merupakan sebuah komuniti pengiklanan yang bertaraf antarabangsa. Nuffnang.com.my mula dilancarkan pada 27 Februari 2007. Dalam tempoh 3 hari selepas pelancarannya, seramai 300 orang blogger telah mendaftarkan diri. Pada masa kini, komuniti diorang telah menjangkaui 1 juta blogger di lapan buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Australia, China, Hong Kong, Thailand dan United Kingdom.
Bagaimana Nuffnang Berfungsi.
Diorang bertindak sebagai medium perantara di antara pihak pengiklanan dan para blogger macam aku ni. Apabila ada pihak yang ingin beriklan di mana-mana blog yang berdaftar dengan Nuffnang, mereka akan melakukannya melalui servis yang disediakan oleh pihak Nuffnang.
Jenis-jenis kempen iklan Nuffnang.
- CPC.
- CPUV.
- Advertorial.
Kempen CPC ataupun Cost per Click.
Korang perasan tak ada iklan dalam blog ni. Bawah banner tu ada tulis ads by Nuffnang. Kalau korang klik pada banner tersebut, saya akan diberikan duit daripada Nuffnang. Untuk setiap klik, saya akan dibayar RM0.25. Semua blogger yang berdaftar dengan dengan Nuffnang layak untuk mendapat kempen ini.
Kempen CPUV ataupun Cost per Unique Visit.
Berbeza daripada CPC, kempen iklan CPUV pula diberikan kepada orang tertentu sahaja. Pihak pengiklan mengambil kira beberapa faktor untuk memberikan kempen pengiklanan ini kepada blogger. Korang boleh baca entri, CPUV Nuffnang – Cara Dapat BE untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya. Income daripada CPUV bergantung kepada bilangan pengunjung blog korang, bukan bergantung kepada jumlah hits.
Advertorial.
Advertorial ataupun sponsored post boleh dikategorikan sebagai jarang ditemui ataupun rare. Kalau blog korang dalam kategori hebat dan sangat berpengaruh, tak mustahil korang dapat merasai nikmat advertorial. Setakat ini, aku belum pernah lagi menerima sebarang tawaran advertorial daripada pihak Nuffnang. Pada pandangan aku, apabila blog korang dah masuk majalah atau surat khabar, pasti ramai para pegiklan yang berebut-rebut untuk menawarkan sponsored post di blog korang..
Catatan:
JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNANG YE. TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan