Khamis, 24 Oktober 2013

CPUV Nuffnang – Cara Dapat BE

Last weekend, Saya ada menghantar email kepada Encik Nuffnang. Saya bertanyakan tentang cara untuk mendapatkan kempen iklan CPUV Nuffnang. Saya yakin Blog  ini belum layak untuk mendapatkan jenis iklan tersebut. Tujuan saya bertanya adalah untuk mendapat pencerahan secara terus daripada pihak Nuffnang.
Tahap Layanan Nuffnang.
So far, pihak Nuffnang sentiasa memberi maklum balas yang baik untuk sebarang masalah atau pertanyaan yang saya ajukan kepada mereka. Saya pernah beberapa kali menghadapi masalah status Glitterati sebelum ni. Mereka tak jemu-jemu melayan dan menyelesaikan masalah status akaun Nuffnang aku.

Blogger yang pernah dapat CPUV Nuffnang, pasti akan jatuh hati dengannya… 

Apa itu kempen iklan CPUV Nuffnang?

CPUV adalah singkatan daripada Cost per Unique Visitors. Pendapatan blog yang mendapat kempen iklan sebegini bergantung kepada jumlah pengunjung yang hadir ke blog dalam tempoh masa iklan tersebut berlangsung. Pendapatan blog melalui kempen CPUV Nuffnangadalah berkadar terus dengan jumlah pelawat blog.

Tips untuk Kempen CPUV Nuffnang – Info dari laman Nuffnang.

Walaupun kat web Nuffnang memang dah terpapar info tentang CPUV, tapi saya saja nak tanya team diorang jugak.  Okay sebelum saya kongsi kandungan maklum balas dari diorang, saya nak share info dari laman sesawang Nuffnang dahulu.
Para pengiklan akan memilih blog bagi kempen CPUV Nuffnang berdasarkan beberapa kriteria antaranya adalah pelawat sasaran blog, genre blog dan pengaruh sesebuah blog. Sebagai contoh, sebuah syarikat kosmetik akan lebih cenderung untuk beriklan di blog yang memfokuskan mengenai fesyen dan kecantikan, dimana majoritinya adalah pembaca wanita. Blogger dengan status Glitterati lebih diutamakan.

Panduan Cara Dapat CPUV Nuffnang – Email dari Nuffnang.

Sebenarnya saya email kepada team Nuffnang adalah dalam bahasa Melayu. Kemudian diorang balas balik email dalam bahasa omputih sebab saya tak pandai cakap omputih. So apa yang saya akan sampaikan kepada korang semua ni saya dah olah berdasarkan pemahaman saya. Kalau ada kesilapan harap korang perbetulkan saya pada ruangan komen ye. TQ.
Letakkan ketiga-tiga jenis iklan pada blog iaitu jenis Leaderboard (728 X 90), jenis Skyscraper (160 X 300) dan juga jenis Large Rectangle (336 X 280). Pastikan kesemuanya diletakkan pada tempat yang sepatutnya dan mudah dilihat. Perlulah sentiasa mengemaskini profil dan juga survey untuk meningkatkan peluang untuk mendapatkan iklan jenis CPUV Nuffnang.
Pemilihan blog adalah bergantung sepenuhnya kepada keperluan pengiklan, dan industri pengiklanan juga sangat bermusim, oleh itu mungkin ada masa di mana tidak ada pengiklan mencari kumpulan blog tertentu untuk sementara waktu. Pengiklan berhak menentukan blog pilihan untuk mereka beriklan. Setiap blog akan bersaing dalam genre masing-masing dan juga bersaing berdasarkan kedudukan demografik. Oleh kerana terdapat lebih 100,000 blog dalam komuniti, jadi ianya tidak menghairankan apabila kebanyakkan blog tidak dipilih untuk  mendapat CPUV Nuffnang.
Saranan Nuffnang kepada Blog ZamZoro.
Apabila anda telah meletakkan unit iklan pada blog anda secara optimum, saya mencadangkan perkara seterusnya yang anda lakukan adalah untuk meningkatkan pelawat anda. Lebih tinggi bilangan pengunjung, lebih tinggi anda akan dibayar apabila blog anda dipilih untuk kempen tersebut!
“THANKS NUFFNANG"
Pautan Google:
  1. Bagaimana Mendapatkan CPUV Nuffnang « Hanif Bin Idrus

    hanifidrus.blogspot.com › nuffnang?
    Oct 18, 2012 - CPUV dimana pengiklan memilih blog anda untuk mengiklankan produk mereka di banner Nuffnang. Pendapatan sebulan satu iklan boleh 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...