Khamis, 31 Oktober 2013

Rombongan sekolah anak ke Melaka

Selepas habis exam UPSR, banyak masa yang terluang. Maklumlah, apa yang dah belajar semuanya dah jawab masa exam. Jadi projek lepas exam bagi sekolah anak saya, salah satunya rombongan ke Melaka. Minggu lepas ada camping di Kem Salak North, Salak Stesen. Tempatnya memang jauh ke dalam. Saya cuma sempat ambil anak masa balik je. Masa pergi My hubby yang hantar sebab saya masih bekerja hingga jam 5 petang.

Rombongan anak saya, Ahmad Hazmi pada 28/10/2013 bermula dari jam 5.00 pagi dan balik pada 29/10/2013 jam 10.00 malam. Seronok katanya berjalan dengan kawan - kawan dan cikgu yang mengiring mereka. Biarlah dia merasa berjalan dengan kawan - kawan walaupun pada mulanya saya berat hati juga nak bagi dia pergi rombongan. Tapi bila tengok dia balik dengan selamat dan ceria, barulah hati rasa tenang. Di sini saya sertakan foto kenangan anak saya ketika di A Famosa Melaka. 

 Ahmad Hazmi, barisan tengah, 6 dari kanan.


**  FaridanSweet.blogspot **

  

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...