Rabu, 30 Oktober 2013

Salam Perkenalan Untuk Tetamu FaridanSweet.blogspot




Salam perkenalan saya hulurkan kepada semua yang membaca blog yang baru saya buka ini. Nama saya ialah Siti Ayu Faridah, boleh panggil saya Ayu. Dalam famili, mereka memanggil saya Acik.  Saya seorang yang jarang memasak tetapi saya suka mencuba untuk memasak pelbagai masakan. Walaupun pernah beberapa kali mencuba pelbagai resipi baru menjadi, tapi saya suka. Namun begitu, saya mempunyai minat mengumpul resepi dan mencuba resepi resepi baru.  Terutama dari Azie Kitchen dan Yatie Memories. Bila ada masa lapang saya akan menghabiskan masa utk mencari resepi yang menarik untuk dikumpul dan dicuba kemudian hari. 

Saya mula belajar membuat kek dan biskut raya selepas kahwin dengan Cikgu Dan.  Hubby memang suka makan di rumah jadi saya mesti memasak untuk dia dan anak - anak. Tak kisah apa juadah, memang mereka akan makan. Terus terang saya cakap, masa mula - mula kahwin dulu saya tak pandai memasak. Iyalah, masa sekolah dulu dok kat asrama, lepas tu sambung belajar kat U, habis belajar terus kahwin. Mana sempat nak belajar masak ngan mak. Lepas kahwin, baru ada inisiatif nak belajar memasak.

Saya juga telah mencuba pelbagai resipi kek dan kuih raya juga kuih muih. Alhamdulillah, menjadi. Saya juga rajin mengajak kawan - kawan anak - anak datang makan kat rumah. Seronok tengok mereka makan ramai - ramai. Sampai licin.

Saya berhasrat untuk memperbaiki lagi persembahan di dalam blog ini dari masa ke semasa terutama gambar gambar kerana saya juga minat fotografi.  Saya akan cuba upload gambar hasil masakan saya untuk anda. Dalam blog ini saya juga ada update beberapa info terkini yang saya rasa ingin kongsi bersama anda semua. Diharap anda dapat memberi sedikit maklumbalas @ komen dalam blog saya ini. Akhir kata, salam perkenalan dan terima kasih kerana melawat blog saya. Salam sayang. L.O.L.

Ayu @ Acik

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...