![](http://cdn1.rotikaya.com/wp-content/uploads/2013/11/Aznil-Hj-Nawawi-Nabil-Ahmad-Pengacara-AIM-20-ROTIKAYA.jpg)
Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Hj Nawawi
tahun ini bakal kembali untuk menjadi pengacara majlis kemuncak
Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) yang akan berlangsung 14 Disember
ini di Stadium Putra Bukit Jalil.
Jika tahun lepas beliau bergandingan dengan Adibah Noor, tahun ini
nampaknya giliran Nabil Ahmad menjadi pasangan Pak Nil untuk
mengendalikan majlis anugerah dengan tema Meraikan Kemuncak Segalanya itu.
Selain pengumuman pengacara AIM 20, sidang media semalam juga
mengumumkan barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam itu
nanti dan mereka termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah,
Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris dan Aizat.
Dua orang artis popular Indonesia iaitu Rossa & Afgan juga bakal
muncul membuat persembahan istimewa pada malam AIM 20 nanti yang
mempertaruhkan 17 kategori untuk menghargai penggiat muzik tanah air.
Anugerah Industri Muzil ke-20 (AIM 20) bakal berlangsung di Stadium
Putra Bukit Jalil pada Sabtu, 14 Disember 2013 pada pukul 9.00 malam dan
akan di’siarkan secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104) dan di Maya
HD (saluran 135).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan