
Filem arahan Ahmad Idham, Cinderella, akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Disember 2013. Suka juga tengok lakonan Nelydia Senrose ni. Insyaallah, jika ada masa nak tengok.
Cinderella yang dibintangi oleh Fizo Omar, selaku Salman, dan Nelydia
Senrose, selaku Nurul, merupakan sebuah filem yang ditunggu oleh
peminat-peminat, terutamanya yang pernah mengikuti kisah Cinderella di
kaca televisyen suatu ketika dulu.
Telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor,
Cinderella turut dibintangi barisan pelakon hebat tanahair seperti Kamal
Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan,
Sahrolnizam dan Azlan Komen.
Terbitan ke sebelas oleh Excellent Pictures, Cinderella mengisahkan
Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya,
Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil.
Suatu malam, Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul
menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu.
Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan
diri sehingga ke bilik penginapan Salman, anak seorang tokoh korporat
terkemuka.
Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang
kampung. Salman dan Nurul diberi dua pilihan - di bawa ke balai polis
dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke
kampung tersebut. Bagi menjaga namanya,Salman bersetuju dengan pilihan
ke dua.Apa seterusnya yang berlaku kepada Nurul dan Salman? Nantikan di
pawagam bermula 19 Disember 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan