Saya buat bihun Singapore ni masa nak pergi tengok hubby di Motocross Bukit Gantang. Sempat makan bihun sambil tengok hubby di litar.
Bahan-bahan
Sebungkus bihun (di rendam sampai lembut)
5 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
sedikit ayam dipotong kecik-kecik
3 sudu besar sos tiram
1/2 ketul kiub ayam maggi
sedikit garam
serbuk lada hitam (mesin or tumbuk)
cili padi (optional)
karot (dipotong halus-halus secara memanjang)
kubis @ ape-ape sayur (dipotong halus)
bahan bertanda * dimesin
Cara-cara
- masukkan sedikit minyak dalam kuali...tumis bahan mesin...
- bila dah naik bau masukkan ayam...biar sampai ayam masak
- masukkan sos tiram, kiub ayam, garam, serbuk lada hitam...kacau seketika
- masukkan segala sayur
- bila kuah dah nampak macam nak kering masukkan bihun...kacau sebati
- kalau nak boleh masukkan telur dadar yang di potong kecik-kecik...siap...=)
Makan bihun ni dengan sambal kicap lagi best.
Sambal Kicap
1. 15 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih, sedikit garam, 1 camca gula, kicap cair dan kicap masin. (Blender)
Selamat menjamu selera.
Selamat menjamu selera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan