Saya jarang tengok Akademi Fantasia 2013 (AF2013). Cuma saya mengikuti perkembangan rancangan realiti ini secara online. 
Agak kecewa juga diri ini dibuatnya apabila pengumuman mengenai AFMASUK 
dilakukan. Bukan apa, katanya AF2013 serba baharu, lebih kejutan dan 
lain daripada AF sebelum ini. Nampak gaya AF2013 masih sama seperti AF 
AF yang sebelum ini. Seperti sudah dijangka pasangan duo ni akan di AFUNDI Masuk juga. Macam mereka pula yang akan menang seperti yang sudah berlaku pada AF sebelum ni. 

Kemungkinan besar AFMASUK dilakukan kerana tersingkirnya pasangan 
duet Azhael pada minggu lalu. Ramai yang menggemari pasangan ini namun 
ternyata undian tidak mencukupi buat mereka berdua. Namun 
entah bagaimana, undian Nabila sentiasa tinggi sehingga berjaya ke 
konsert akhir.

Tidak mungkin ada manipulasi undian dilakukan kerana sebelum keputusan diumumkan, jumlah undian akan 
diaudit terlebih dahulu. Jadi ini bermakna memang Nabila mendapat undian
 yang banyak. Adakah Nabila akan terus kekal dan bergelar juara? 
Saksikan konsert final AF2013 Ahad ini untuk mengetahui apa yang bakal 
berlaku. 
 
 
 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan