Rabu, 13 November 2013

Keputusan UPSR 2013 Anak sulung saya.

Alhamdulillah, saya baru balik dari sekolah anak sulung saya. Ambil result UPSR. Resultnya : 4A 1B. Yang B Bahasa Inggeris. Sedih juga sebab mengharap sangat dia dapat 5A. Tapi saya redha juga sebab usaha dia setakat itu, bukannya dia tidak berusaha. Semoga Ahmad Hazmi sentiasa cemerlang selepas ini walau di mana pun dia bersekolah nanti. Saya bercadang untuk daftarkan dia ke Kelas Rancangan Khas di SMK Clifford Kuala Kangsar. Biar dia belajar dan bersekolah di depan mata saya. Tak nak rasanya lepaskan dia ke sekolah berasrama lagi. Mungkin belum masanya untuk dia tinggal di asrama. Biarlah dia pandai uruskan diri dulu, pandai membasuh baju, menggosok baju dan mengemas tempat tidur. Apa pun, Tahniah untuk Ahmad Hazmi bin Hamdan atas segala usahanya untuk UPSR 2013. Mama sayang anak mama.






Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...