Selasa, 5 November 2013

Pekan Karai

 Pekan Karai, Enggor Kuala Kangsar



Karai – Jambatan Besi
Sesiapa yang pertama-kali menaiki bas loncat (dahulu Bas Reliance- Ipoh Kuala Kangsar Green Bus) dari Kuala Kangsar ke Ipoh pasti tertanya-tanya mengapa bas ini membelok ke kiri ke satu simpang menghala ke Enggor sebaik sahaja melepasi Jambatan Iskandar.

Laluan bas ini semakin sempit hinggalah sampai ke pekan kecil Karai yang kemudiannya bas ini membuat u-turn kembali ke jalan utama menghala ke Ipoh.

Bagi mereka yang biasa ke Karai pasti mengetahui di sinilah terletak jambatan besi keretapi yang dikenali Jambatan Victoria.

Saya berkahwin dengan orang Karai dan my hubby selalu bawa saya menaki motor untuk ke Kg Jamuan melalui jambatan ini. Pengalaman menaiki motosikal di laluan sisi jambatan besi ini begitu mengujakan bagi saya yang lalu di situ.

Tujuan saya update entry ini adalah kerana pekan ini menjadi pekan utama saya untuk membeli barangan harian. Saya upload entry ini dari sini. Tq Encik Luqman.









Jambatan Victoria

Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson.

Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.

Sumber: http://www.mpkkpk.gov.my/victoria








Pemandangan yang cantik dan bahan sejarah di sini menarik minat ramai pasangan pengantin baru memilih lokasi ini sebagai latarbelakang photoshoot perkahwinan mereka. Dan sebagaimana yang diketahui Pengarah Mamat Khalid juga pernah memilih tempat ini sebagai lokasi filem Zombi Kampung Pisang,


    Hmmm.. leka dibuatnya bila berada di sini.  Dan jika anda semua nak merasa makan kundas atau mi goreng mamak yang sedap atau rojak karai, datanglah ke sini. maaflah ya... kundas ni rasanya memang sukar di cari di tempat lain.  Kalau nak rasa datanglah ke Karai... Saya suka kundas yang garing dan dicolek dengan kuah macam kuah kacang yang manis.

Berikut adalah beberapa foto untuk menunjukkan lagi situasi pekan Karai yg saya upload bagi blogger hadzirah99.blogspot.com. Terima kasih.




   


     Makanan di sini biasa-biasa je...  Tapi apa yang menariknya ialah suasana yang melatari pekan kecil ini. Singgahlah di gerai makan di pinggir pekan ini dan alamilah suasana yang tenang dan damai.  Sambil menghirup kopi dan menikmati sepinggan mi rebus atau sebungkus nasi lemak rasanya seperti kita kembali ke tahun-tahun lampau.

 

 Kedai Getah...Pekedai menjemur getah buku yang memberi aroma sekitar tahun 60an...
     Perhatikan di pekan ini masih ramai warga lama yang keluar membeli keperluan mereka di sini.  Mereka masih mampu mengayuh basikal ataupun bermotosikal walaupun tidak segagah zaman muda mereka dulu.


Dari celah kekaca tingkap kedai ternampak lelaki ini penuh ceria mengayuh basikalnya..  Kalau nak tau orang kat sini panggilnya Tok Hassan, dekat dengan rumah saya.  Walaupun mungkin dia tak mampu lagi berkayuh cara biasa namun dia ada caranya sendiri untuk ronda-ronda di pekan ini. 



Kusingkap kenangan dulu..sewaktu....

Ini adalah view dalam kedai Hamzah, tuan punya kedai kundas karai. Pekan ini tidak ada banyak perubahan sejak pertama kali saya ke sini 13 tahun yang lalu.  Deretan kedai-kedai lama masih kekal di tapaknya.  Walaupun bangunan-bangunan sudah dibaiki dan dicat  baru tapi  masih ada yang mengekalkan ciri-ciri asalnya.



  
Sebuah surau di tengah pekan Karai 

 Sebuah peninggalan sejarah di sini iaitu Jambatan Victoria (Victoria Bridge) mengingatkan kita bahawa pekan ini sudah wujud dari zaman pemerintahan British lagi.  Mengikut sejarahnya jambatan keretapi ini dibina pada tahun 1897 dan hanya siap pada tahun 1900. Pembinaan jambatan ini mengambil masa yang agak lama disebabkan banjir.  Namun dengan daya usaha jurutera yang terlibat  pada waktu itu,  G.W.Fryer dan C.R Hanson ia dapat disiapkan dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursidul Azam Shah dan Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada waktu itu.



      Sehingga ke hari ini jambatan keretapi ini masih kukuh merentangi Sungai Perak yang mengalir tenang dibawahnya.  Jambatan ini merupakan jambatan keretapi tertua dan menjadi saksi pelbagai peristiwa kerakusan 'orang luar' yang tamak dengan hasil perut bumi negara ini iaitu hasilan bijih timah.  Dengan wujudnya jambatan keretapi ini telah membuka jalan kepada pertumbuhan bandar-bandar bijih timah di seluruh Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu.  Tentera British pernah meletupkan jambatan ini semasa Perang Dunia Kedua bagi menghalang kemaraan tentera Jepun dan membina kubu di sekitar kawasan ini. Mungkin hanya segelintir penduduk di sini yang masih mengingati sejarahnya berdasarkan daripada cerita-cerita datuk nenek mereka dahulu.
FaridanSweet.blogspot

     



Walaupun pekan ini ada keunikannya sendiri sayang ia seperti terabai.  Kalaulah ada sikit usaha memantau kebersihan dibuat sudah tentu ramai yang ingin berkunjung ke sini.
     




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...