Pada cuti Awal Muharam semalam, keluarga mertua saya buat kenduri kesyukuran dan doa selamat. Saya yang memang tinggal dengan mertua saya terlibat sama dalam aktiviti memasak untuk makan tengahari. Cuma panggil orang kampung yang tinggal berhampiran dan beberapa orang masjid. Yang memasaknya cuma saya, kak ipar, Kak Soyah (jiran sebelah rumah) dan Ina juga jiran sebelah rumah. Menunya ialah nasi putih, gulai terung ikan masin, ayam masak merah, ikan goren, sambal belacan, sambal bachang dan ulam. Di sini saya sertakan resipi yang dimasak pada majlis tersebut. Memang seronok masak sendiri berbanding tempah katering. Di samping dapat beramah mesra, dapat juga kongsi resipi.
AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan ( 50 orang makan )
- 6 ulas bawang besar
- 3 labu bawang putih
- sedikit halia
- cili kering dikisar
- 2 batang serai di titik
- Sepeket sos tomato
- Sepeket sos cili
- Kicap Lemak Manis
- air asam jawa sedikit
- garam dan gula
- sedikit minyak
- ayam 5 ekor @ ikut berapa orang nak makan
- Daun pandan untuk wangikan masakan
- Daun sup untuk hiasan
Cara-cara
- kisarkan bawang besar,bawang putih,cili kering dan halia.
- cara untuk menyediakan ayam:
gaulkan ayam bersama kunyit,garam dan sedikit penambah perasa. Goreng separuh masak jangan sampai garing.
-
Panaskan minyak,masukkan bahan-bahan yang di kisar (1).
Seterusnya,masukkan sos tomato,sebatang serai,daun pandan, kicap lemak manis, air asam jawa,dan
tambahkan garam dan gula secukup rasa.
-
Sesudah masak,masukkan ayam yang telah siap di goreng (2). Gaulkan sehingga sebati.
- Sediakan untuk di nikmati. Taburkan sedikit daun sup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan